Kerajaan Singapura Minta Ampun Kepada Penyokong Liverpool, Gantung Tugasan Adiwira

Kerajaan Singapura baru baru ini melancarkan Virus Vanguard yang terdiri daripada beberapa watak adiwira. Virus Vanguard adalah seperti Avengers. Di mana mereka himpunan ataupun satu kumpulan beberapa watak adiwira.

Namun di kalangan adiwira tesebut, terdapat watak yang agak kontroversi dan membuatkan penyokong Liverpool di sana marah.

Kesannya, tak sampai 24 jam daripada pengenalannya, adiwira-adiwira tersebut terus digantung daripada tugasan mereka.

Kontroversi berlaku pada watak adiwira Mawa Man yang merupakan pembenci Liverpool dan penyokong setia Manchester United.

Adiwira Mawa yang merujuk kepada ‘Must Always Walk Alone Man’ yang diambil daripada You’ll Never Walke Alone, yang merupakan lagu keramat pasukan Liverpool FC.

Karakter itu adalah untuk kempen penjarakan sosial. Namun pada logo di bahagian dada adalah burung Liverbird yang menjadi logo Liverpool telah dipangkah.

Pada tali pinggang pula ada logo kepala lembing setan merah yang mempunyai kuasa membantu adiwira tersebut menentang mereka yang tidak menjaga penjarakan sosial kecuali penyokong United, di mana dia akan join sekali.

Ini kerana Mawa Man adalah penyokong fanatik Manchester United.

 

Watak tersebut adalah anti Liverpool. Dan dia telah membantu kerajaan Singapura dalam memberikan kesedaran tentang bahaya covid-19.

Kesannya, ia telah mendapat kritikan daripada penyokong Liverpool yang mempersoalkan, kenapa mesti mewujukan karakter anti Liverpool dalam kempen anti virus?

Kerajaan Singapura kemudian telah memutuskan untuk menilai semula watak Mawa dan meminta maaf kepada penyokong Liverpool.

Dan di laman rasmi mereka, konten yang memperkenalkan watak Mawa Man telah diturunkan.

Kesemua watak Adiwira tersebut turut digantung sementara daripada menjalankan tugasan mereka. Dan kerajaan Singapura akan mengumumkan perkembangan perkara ini selepas ini.

“Kami meminta maaf kepada sesiapa yang terguris. Dan ini kali pertama kita menilai semula format konten. Kami menghargai kesabaran semua pihak.”

Selain daripada Mawa, ada juga watak “Fake News Buster” – anti berita tak benar, dan “Dr Disinfector” yang menekankan kebersihan. Dua lagi watak adalah Car-leh Dee dan Circuit Breaker.

Kontroversi watak Mawa Man telah membuatkan satu petisyen dibuat kepada kerajaan Singapura untuk meminta watak itu ditukar.

Mereka juga mahu kerajaan fokus kepada hal membanteras virus dan bukannya isu permusuhan bola sepak.

Kelab peminat Liverpool di Singapura sebulat suara membantah tindakan kerajaan mewujudkan watak Mawa Man. Mereka sudah menghantar bantahan rasmi kepada kerajaan.

Singapura antara negara yang terus bergelut berhadapan dengan koronavirus.

Mereka menunjukkan pertambahan kes yang tinggi pada minggu ini.

Kesannya Singapura mengenakan perintah social distancing bagi mengurangkan penularan virus ini.

Salah satu inisiatif mereka adalah dengan menggunakan watak adiwira animasi ini. Satu usaha yang baik daripada kerajaan walaupun mungkin agak kurang menyenangkan hati penyokong Liverpool menerusi pemilihan watak.

Nampaknya Mawa Man bakal hilang job la ni.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.