Kerajaan Sepanyol akan mengalami kerugian mencecah €50 juta (RM250 juta) setahun jika Lionel Messi merealisasikan perpindahannya dari Barcelona pada jendela perpindahan kali ini.
Messi merupakan penyumbang yang cukup besar kepada Kementerian Kewangan Sepanyol setiap tahun.
Menurut Marca, Messi harus membayar cukai pendapatan yang dijana dari gaji dan nilai tajaan berjumlah €50 juta setiap tahun.
Kiraan ini adalah berdasarkan pendapatan Messi dari segi gaji iaitu €68 juta setahun. Pendapatan La Pulga dari hasil penajaan pula adalah sekitar €27 juta.
Last season, Lionel Messi had more goals, assists, shots on target and big chances created than any player in the Premier League 😳 pic.twitter.com/tKrNf7cmEu
— ESPN FC (@ESPNFC) August 28, 2020
Antara jenama gergasi yang memjana pendapatan untuk Messi ialah seperti Adidas, Gatorade, Huawei, Mastercard dan Pepsi.
Menariknya kerajaan Sepanyol turut telah kehilangan pendapatan yang banyak dari pemain bola sepak sejak beberapa tahun ini.
Sebelum ini Cristiano Ronaldo turut bertindak meninggalkan Sepanyol untuk ke Itali bersama Juventus.
🗣️ Lionel Messi: No one is carrying me at Barça, that's why I'm leaving. pic.twitter.com/KtTrdWZtB8
— P/R Football (@prfootbaII) August 26, 2020
Jika pendapatan Ronaldo dan Messi ditambah, maka kerajaan Sepanyol telah kehilangan melebihi €90 (RM446 juta) juta dari kedua-dua pemain.
Pemergian Messi turut dijangka akan memberikan impak kepada nilai komersil LaLiga. Ianya satu tamparan buat bola sepak Sepanyol – apatah lagi setelah kehilangan Ronaldo dan Neymar sebelum ini.
Untuk tempoh lebih sedekat, LaLiga dikenali sebagai liga bola sepak yang menjadi tumpuan pemain terbaik dunia untuk memperagakan aksi.
Lionel Messi's 21-month prison sentence for tax fraud has been changed to a fine by the Spanish courts.
More: https://t.co/9fNv8rXo9Z pic.twitter.com/sBKpzgniyi
— BBC Sport (@BBCSport) July 7, 2017
Messi dikhabarkan berminat untuk menyertai Pep Guardiola di Manchester City. Pada usia 33 tahun, Messi masih boleh beraksi sekurang-kurangnya selama tiga tahun di tahap tertinggi termasuk peluang bermain di Amerika Serikat bersama New York City FC pada masa depan.
Sementara itu Barcelona berusaha keras menahan Messi daripada pergi meninggalkan mereka. Presiden Josep Maria Bartomeu dikatakan sanggup meletak jawatan dengan syarat La Pulga sanggup kekal di Nou Camp.
Lionel Messi sebelum ini mengakui dia pernah terfikir untuk meninggalkan Barcelona sekali gus keluar dari Sepanyol selepas tidak tahan dilayan teruk ketika siasatan mengelak cukai di negara itu.
Pada 2016, bintang Argentina itu bersama bapanya didapati bersalah atas tuduhan mengelak cukai oleh mahkamah Catalonia dan dihukum 21 bulan penjara meskipun setahun kemudian, hukuman itu dipinda dalam bentuk denda.