Keputusan Terkini EPL 2019/20: Manchester United 4 Newcastle 1

Manchester United berjaya bangkit daripada ketinggalan 1 gol dan menang 4-1 ke atas Newcastle United dalam aksi yang penuh sengit di Old Trafford.

Ole Gunnar Solskjaer menurunkan kesebelasan terbaik beliau dan memasukkan Greenwood di dalam kesebelasan utama.

David De Gea terus diberikan kepercayaan oleh Ole di gawang gol. Sementara Paul Pogba berada di bangku simpanan untuk masuk pada bila bila masa apabila diperlukan.

Manchester United ketinggalan awal dalam perlawanan ini, menerusi jaringan pemain muda Matthew Longstaff pada minit ke-17. Ianya kerana kelekaan pertahanan Man United.

Matty Longstaff merupakan pemain yang sama menjaringkan gol kemenangan Newcastle ke atas Man United beberapa bulan yang lalu.

Tidak rela pasukan mereka merana kalah lagi di tangan pasukan underdog, Manchester United terus bingkas dan bangkit.

Anthony Martial menyamakan kedudukan pada minit ke-24 perlawanan. Ianya adalah satu aksi gol berpasukan yang sangat cantik disudahkan penyerang Perancis itu.

Tidak lama selepas itu, Old Trafford bergema lagi meraikan gol pemain remaja Mason Greenwood yang merampas bola hantaran lawan yang lemah.

Greenwood tak teragak-agak melakukan rembatan deras dengan kaki kirinya.

Kemudiannya, 5 minit sebelum tamat separuh masa pertama, Marcus Rashford menanduk masuk bola hasil umpanan Wan Bissaka. Satu tandukan yang dianggap Rashford persis Ronaldo, cuma tak cukup tinggi lagi.

Newcastle United semakin hilang arah dan akhirnya mereka bolos sekali lagi pada minit ke-51 menerusi Anthony Martial.

Martial menyudahkan serangan balas cantik oleh pasukannya. Martial sangat klinikal dalam perlawanan ini. Menjaringkan 2 gol hanya daripada 3 percubaan dilakukannya.

Kemenangan ini sangat bermakna buat United dan semakin menghampiri Chelsea di tangga keempat liga.

Chelsea tewas bermaruah di tangan Southampton dalam aksi di hadapan penyokong mereka sendiri. Frank Lampard kecewa dengan kekalahan 0-2 itu yang disifatkannya sebagai kerana mereka kurang karakter dan personaliti.

Prestasi cemerlang 3 serangkai di barisan serangan Man United sangat menjadi pada malam boxing day. Jelas sekali trio serangan tersebut membalas kepercayaan Ole Gunnar Solskjaer kepada mereka.

Manchester United akan berhadapan dengan Burnley pada aksi hujung minggu ini. United mahu terus melebarkan rekod kemenangan mereka bagi mencerahkan lagi peluang mereka untuk layak semula ke Liga Juara Juara Eropah musim hadapan.

Ole Gunnar Solskjaer memuji kemenangan penuh profesional daripada Man United dalam aksi di Old Trafford menentang Newcastle. Kemenangan yang akan memberikan tekanan kepada pesaing mereka yang lain.

Man United kini sudah mengutip 29 mata, hanya 3 mata daripada tempat keempat. Ini hasil daripada 7 kemenangan dan 7 seri.

Line up:

Man Utd: De Gea, Wan Bissaka, Lindelof, Maguire, Shaw, McTominay, Andreas Pereira, Fred, Greenwood, Rashford, Martial. Subs: Jones, Pogba, Mata, Lingard, Young, James, Romero.

Newcastle: Dubravka, Schar, Fernandez, Lejeune, Manquillo, Sean Longstaff, Matthew Longstaff, Almiron, Willems, Gayle, Joelinton. Subs: Carroll, Shelvey, Hayden, Krafth, Yedlin, Darlow, Atsu.
Referee: Kevin Friend.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.