Kepantasan Mike Tyson Pada Usia 53 Tahun Persis Seekor Harimau

Mike Tyson digelar juga dengan gelaran Iron Mike dan juga seorang pembela harimau di rumahnya.

Sebelum ini dilaporkan Mike Tyson pernah membayar gantirugi kepada orang awam selepas harimau yang menyerang mereka.

Di zaman kegemilangannya, Iron Mike merupakan petinju yang sangat digeruni. Musuhnya akan habis binasa kerana kehebatan beliau di dalam gelanggang.

Mike Tyson kini sudah berusia 53 tahun. Namun satu video latihan peribadi dipostkan beliau di Instagram telah menarik perhatian ramai.

The Rock aka Dwayne Johson berkata: “My bro, kau dah buat aku dan sedia belari menembusi dinding MF tu sekarang. Ok aku nak ke gym sekarang.”

Juara UFC, Khabib Nurmagomedov pula menulis: “Sukar dipercayai, ini dah level lain dah ni.”

Bulan lalu Mike Tyson bercadang untuk melakukan satu pertarungan amal bagi mengutip dana kebajikan.

“Itu sukar, badan saya betul-betul naik dan sangat sakit akibat memukul sarung tangan (mitts).”

“Saya sudah berlatih, dan saya telah berusaha masuk ke gelanggang, saya rasa saya akan membuat beberapa pertarungan pertunjukan dan beraksi.”

“Saya ingin pergi ke gimnasium dan bertenaga agar dapat beraksi dalam tiga atau empat pusingan untuk menyumbang kepada beberapa badan amal.”

“Beberapa perlawanan amal, menjana sejumlah wang, menolong ibu-ibu yang kehilangan tempat tinggal dan mereka yang terkesan kerana dadah seperti saya.”

“Saya melakukan dua jam dengan kardio, saya mengayuh basikal dan treadmill selama satu jam, kemudian saya melakukan beberapa angkatan ringan, 300, 250 kali reps.”

“Saya mula menggabungkan kombinasi itu. Saya agak kesakitan, saya merasa seperti ada tiga orang yang menendang saya.

Tetapi tidak semua orang berminat untuk melihat Iron Mike kembali dalam gelanggang. Rakan dan bekas lawannya, George Foreman menganggap Tyson harus tetap bersara.

Mengirim di Twitter dia berkata: “Tyson telah melakukan cukup banyak perkara untuk tinju.”

“Tidak perlu lagi dia nak kembali. Dia sudah berada di Hall of Fame dan merupakan seorang petinju yang hebat. ”

Korang boleh lihat aksi Mike Tyson pada usia 53 tahun melakukan  aksi ini:

https://www.facebook.com/SkySports/videos/249743779555208/

Artikel asal: Axello.net

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.