Kepantasan Erling Braut Haaland ketika perlawanan Borussia Dortmund menentang Paris Saint-Germain dalam satu gerakan serangan balas pantas telah menjadi viral dan bualan ramai.
Erling Braut Haaland nama pemain bola sepak sensasi dunia ketika ini yang terus menjadi sebutan ekoran prestasinya yang sangat cemerlang.
Jika disebut nama Haaland, maka akan terpacul keluar pasukan Manchester United kerana dua nama ini sangat sinonim, namun tiada jodoh bersama.
Haaland telah memilih Borussia Dortmund sebagai destinasi seterusnya untuk mengembangkan lagi kariernya yang semakin gemilang di usia 19 tahun.
Erling Håland's senior club career by numbers so far:
❍ 100 games
❍ 60 goals
❍ 8 hat-tricksA genuine goal-scoring machine. 🤖 pic.twitter.com/qYhcIkmr4Y
— Squawka Football (@Squawka) February 18, 2020
Sebelum turun menentang PSG, Haaland telah pun menjaringkan 9 gol dalam 6 penampilannya bersama Borussia Dortmund.
Debutnya di Bundesliga dihidangkan dengan hatrik yang penuh bergaya yang dicetak hanya dalam masa 23 minit sahaja.
Dengan ketinggian 6 kaki 4 inci, Haaland mempunyai kepantasan yang luar biasa dan kelajuan itu mampu dijana hingga tidak boleh bawa bincang.
Kepantasan sebenar Haaland ditunjukkan dalam perlawanan menentang Paris Saint-Germain.
Dortmund 2-1 PSG FT:
⚽️ Håland
⚽️ Neymar
⚽️ HålandA memorable UCL Dortmund debut from Erling Håland sees BVB secure the upper-hand going into the second leg. pic.twitter.com/3ggdgF5PbF
— Squawka News (@SquawkaNews) February 18, 2020
PSG berjaya mendapat sepakan penjuru namun berjaya dipatahkan pemain Borussia Dortmund.
Jadon Sancho yang memegang bola terus berlari ke atas untuk melakukan serangan balas pantas.
Apa menakjubkan dalam serangan ini adalah larian yang dilakukan oleh Haaland yang nyata terlalu pantas untuk memberi bantuan kepada Sancho.
Cantik larian pantas Haaland yang sudah membuka ruang secukupnya untuk menerima bola daripada Sancho.
Malangnya Sancho tidak membuat hantaran dan memilih untuk cuba melakukan rembatan tapi sayang tersasar.
@EASPORTSFIFA you need to give Haaland a big pace upgrade for this, headers away the corner then sprints the whole field😍 @RunTheFUTMarket @aa9skillz @NepentheZ @Castro1021 @bateson87 @AJ3 pic.twitter.com/X4yPCLBoIh
— Nick Standish (@NStandish4) February 18, 2020
Ananı avradını Haaland’ın sprinte bak adam koşarken göğe yükseldi uçuyor sandım pic.twitter.com/pbdQTSIbZL
— Exelansları Lugano (@exelanslariii) February 18, 2020
Satu kerugian besar buat Dortmund kerana membazirkan bola begitu sahaja.
Haaland is nuts. The sprint speed🤩
— KB (@CFC_Khalz) February 18, 2020
Håland’s long ass legs man, 4 steps and he’s the other side of the pitch pic.twitter.com/WhtKPh3FW4
— R. (@thfcrueben) February 18, 2020
Dalam perlawanan ini, Dortmund berjaya menewaskan PSG 2-1 dan kedua-dua gol pasukan Jerman itu dijaringkan oleh Haaland.
Hanya dua minit saja gol penyamaan Neymar mampu bertahan apabila Haaland kembali meletakkan Dortmund di depan.
Bang! Meletup gol kedua Haaland dengan rembatan sangat padu.
Erling Håland has scored 37 goals across all club competitions this season, once every 49.1 minutes on average.
Fantastisch. pic.twitter.com/lYS59Wuuc8
— Squawka Football (@Squawka) February 18, 2020
Pemain muda Norway menjaringkan dua gol di Signal Iduna Park lalu menjadikan beliau penjaring paling berbisa di UCL dengan menjaringkan 10 gol setara Robert Lewandowski.
Gol ini juga merupakan gol ke-11 Haaland dalam tujuh pernampilan bersama Borussia Dortmund dalam semua kejohanan.