Kenapa Sekarang Baru Nak Salahkan Formasi Saya? – OKS

Datuk Ong Kim Swee jelas sekali tak gembira dengan kritikan yang dilemparkan oleh pelbagai ke atas formasi yang digunakannya.

Sudah menjadi lumrah, rumah siap, pahat masih berbunyi. Itulah yang berlaku kepada pasukan bola sepak Malaysia B-22.

Sukan bola sepak adalah sukan no.1 di negara kita. Sudah pastinya ia akan mendapat perhatian yang lebih daripada pelbagai pihak.

Malaysia diaibkan oleh Kemboja dalam perlawanan terakhir kumpulan A dan melepaskan peluang untuk mara ke separuh akhir.

Secara keseluruhan, Malaysia hanya mengutip 4 mata daripada 4 perlawanan. Gagal melepasi kumpulan A yang turut dihuni Filipina, Myanmar, Timor Leste dan Kemboja.

Malaysia hanya menang sekali iaitu ke atas pasukan paling lemah dalam kumpulan A, Timor Leste.

Malaysia dijangka akan mudah lolos ke peringkat seterusnya. Ini kerana kumpulan B dianggap kumpulan maut oleh pemerhati bola sepak yang menempatkan Thailand, Indonesia, Vietnam serta Singapura.

Ianya satu keputusan yang sukar diterima oleh para peminat bola sepak tempatan. Malah ada yang beranggapan bahawa ini adalah aksi paling teruk Malaysia dalam Sukan SEA.

Seterusnya, para peminat mempersoalkan formasi dengan sistem back 3 yang digunakan oleh Datuk Ong Kim Swee.

Ada yang menyatakan formasi itu sebagai tidak boleh pakai dan mahu Ong Kim Swee bertanggungjawab di atas kegagalan pada kali ini.

Tetapi pengendali skuad B-22 tahun kebangsaan itu tidak menerima persoalan seperti itu.

Malah Datuk Ong Kim Swee mempersoalkan semula persoalan peminat dengan berkata: “Kenapa baru sekarang nak pertikaikan formasi kita?”

Ong Kim Swee mengingatkan, bahawa formasi itu juga yang memberikan kejayaan kepada Malaysia menewaskan jaguh Asia, iaitu Korea Selatan.

Lantas Ong Kim Swee menganggap isu itu sengaja ditimbulkan kerana sebelum ini tiada siapa pun bising tentangnya ketika Malaysia menang.

“Apabila kita  layak ke peringkat suku akhir dan menewaskan Korea Selatan (Sukan Asia 2018), tak ada seorang pun orang bertanya tentang formasi saya.”

“Tapi kenapa mempertikaikan formasi sekarang. Sedangkan ramai pemain yang sama digunakan.”

Ong Kim Swee berkata lagi: “Jadi saya rasa itu hanya satu isu yang sengaja mahu ditimbulkan. Jika kita melihat formasi, ia ada macam-macam formasi.”

Ong Kim Swee kemudian menerangkan bahawa, pemilihan formasi sahaja tidak akan menjanjikan kejayaan jika para pemain gagal bermain dengan kehendak taktikal.

“Kita boleh bermain pelbagai lagi formasi lain. Tetapi kalau kita bermain tidak mengikut kehendak kita, sudah tentu ia tetap tidak menyebelahi kita,” tambah beliau lagi.

Ini merupakan kali kedua pasukan bimbingan Datuk Ong Kim Swee pulang awal selepas edisi 2015 di Singapura.

Ong Kim Swee menyatakan, persiapan yang singkat adalah faktor yang mendorong kepada prestasi hambar pasukan.

Di mana sukar untuk mereka membentuk kombinasi terbaik sebelum berlepas ke Filipina.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.