Seringkali kita melihat atlet memakan pisang ketika rehat atau ketika perlawanan berlangsung, pemain tenis selalu dilihat memakan pisang ketika perlawanan dan jarang perkara ini dapat dilihat dalam perlawanan bola sepak.
Ketahui khasiat pisang yang menjadi santapan kebanyakkan atlet.
Sumber Tenaga
Secara purata sebiji pisang mengandungi 30g Karbohidrat yang menjadikan pisang ini sumber tenaga dalam bentuk Adenosin Triphosphat (ATP) yang efektif untuk atlet. Karbohidrat ini menyokong aktiviti otot ibarat minyak petrol yang membolehkan kereta bergerak.
Karbohidrat penting untuk menyelenggara aktiviti sistem saraf pusat yang membantu fikiran untuk memberi respon dan refleks dengan baik dan sempurna.
Menurut kajian yang diterbitkan pada 2012 “Journal of the International Society of Sports Nutrition”, gimnas yang mengambil karbohidrat sebelum acara Batang Titian mempunyai jumlah jatuh yang sedikit dari Batang Titian berbanding mereka yang tidak mengambilnya.
Kesan dari Karbo, kebarangkalian gymnas untuk jatuk semakin berkurang.
Kaya Dengan Potassium/Kalium
Sebiji pisang secara purata mempunyai lebih daripada 450mg kalium, di mana jumlah tersebut hampir 13 peratus daripada keperluan kalium yang diperlukan sehari.
Kalium juga merupakan mineral yang penting dalam elemen kritikal fungi anggota badan seperti pergerakan otot, mengawal paras air dalam badan dan menghalang kekejangan otot.

Jika atlet kekurangan kalium dalam badan, kelemahan dan kekejangan otot berlaku, dan jika berlarutan, kekurangan kalium akan menyebabkan terjadinya rhabdomyoysis.
Vitamin B-6
Oleh kerana atlet selalu menggunakan tenaga fizikal yang lebih ketika beraksi mereka memerlukan lebih vitamin B-6 berbanding orang lain.
Menurut National Institutes of Health’s Office of Dietary Supplements vitamin B-6 membantu badan mengeluarkan tenaga dari nutrien lain dan mampu mengurangkan risiko penyakit jantung serta beberapa jenis kanser.
Sebiji pisang mampu memberikan 0.5mg vitamin B-6 dan membekalkan 1/3 dari keperluan vitamin B-6 mengikut keperluan seharian.
Sumber Tyrosine
Kekuatan mental seorang atlet amatlah penting dalam menentukan hala tuju seseorang atlet. Sebiji pisang mengandungi 12mg tyrosine – asid amino yang mana jika digabungkan dengan vitamin dalam pisang akan membantu otak untuk menghasilkan sejenis bahan kimia yang dipanggil norepinephrine – hormon yang mengawal emosi.
Dengan kata lain, epinephrine akan menyebabkan sel-sel otak bersambung.

Epinephrine juga akan meningkatkan keupayaan atlet untuk lebih berwaspada, fokus dan meningkatkan keazaman. Setakat ini tiada jumlah tertentu tyrosine yang perlu diambil dalam kehidupan seharian, namun dos sebanyak 150mg setiap hari mampu untuk membantu seseorang atlet mendapatkan tidur yang lena.
Tidur lena, tekanan kurang – maka dapat beraksi cemerlang.
Zat Besi Dan Vitamin C
Zat besi membantu pengangkutan oksigen dalam darah ketika aktiviti aerobik, dan atlet yang selalu melalui latihan yang lasak biasanya akan mengalami sindrom kekurangan zat besi.
Sebiji pisang akan membekalkan 0.35mg zat besi dan 12 mg vitamin C – fungsinya ialah membantu pembentukan sel baru dalam badan, selain memperkuatkan lagi sistem imunisasi badam. Vitamin C juga membantu penyerapan zat besi dalam badan.
Murah Dan Mudah
Memandangkan pisang mudah didapati di mana-mana kedai, maka pisang merupakan pilihan yang tepat buat atlet untuk kekal bertenaga ketika perlawanan berlangsung.

Ada juga snek khas untuk membantu meningkatkan prestasi pemain, tapi harganya berlipat kali ganda berbanding sesikat pisang.
Sumber :