Nama Yana Kunitskaya tiba-tiba menjadi sensasi selepas beraksi dalam acara utama UFC menentang Cris Cyborg dalam UFC222. Yana tewas dalam pusingan pertama di tangan petarung sensasi dari Brazil.
Yana Kunitskaya laihr di Murmansk pada 11 November 1989. Ayah Yana, Josep merupakan peluncur ais profesional. Manakala ibunya, Olga Kunitskaya adalah gimnas profesional.
Latar belakang keluarga Yana yang aktif dalam sukan membuatkan Yana juga seorang yang bersukan. Beliau terlibat dalam seni mempertahankan diri sejak usia kecil lagi.
Pada usia sekolah rendah, Yana terlibat dalam sukan taekwando. Dan pada usia 12 tahun, Yana sangat aktif bertanding dalam acara taekwando dan kebanyakannya berakhir dengan kemenangan.
Yana juga suka mencabar dirinya menyertai acara lelaki dan sering menang dengan KO. Pada usia 16 tahun beliau mulai mendalami sukan tinju dengan kelab SPGUFK.
Beranjak ke usia 18 tahun beliau mulai mempelajari lebih banyak seni mempertahankan diri. Yan bersedia untuk menyertai dunia sukan yang lebih mencabar.
Pada 2009, beliau mulai menceburi seni mempertahankan diri campuran, MMA (mixed martial arts). Beliau melakukan debut profesional, dan menewaskan Magdalena Jarecka dengan TKO pada pusinga pertama.
Seterusnya, Yana Kunitskaya menwaskan Cindy Dandois dalama Cabaran XXII pada 2010 dengan TKO dalam masa 34 saat.
Kehebatan Yana diteruskan dengan kemenangan TKO ke atas Arune Lauzeckaite pada November 2011. Diikuti dengan kemenangan ke atas Ekaterina Saraykina dana Verdict Fighting Chapionship awal 2012. Beliau menang dengan TKO dalam pusingan pertama.
Sebulan selepas itu, beliau menang ke atas Melikhova dengan unanimous decision selepas 2 pusingan. Pada Jun 2012 beliau menewaskan Sylwia Kusiak dengan TKO di pusingan pertama dalam acara di Poland.
Yana berehat sebentar daripada sukan martial arts kerana hamil pada 2012. Ini membuatkan beberapa acara beliau dibatalkan termasuk tarlight Events: Gladiator World Cup 2012 di Sepanyol.
Pada Ogos 2013, Yana mengumumkan persaraan beliau untuk fokus kepada keluarga terutama sekali anaknya. Namun begitu, pada 2016, Yana kembali semula ke gelanggang dan umumkan keluar daripada persaraan.
Yana menjadi nama penting dalam francais terbesar MMA di Rusia iaitu Invicta Fighting Championsihip ataupun Invicta FC. Yana setuju dengan kontrak Invicta.
Yana menewaskan Tonya Evinger untuk gelaran Invicta FC Bantamweight pada 18 November 2016. Pada 1 Disember kemenangan itu ditarik balik dan dihadiahkan kepada Evinger.
Kunitskaya dan Evinger bertarung dalam ‘rematch’ yang juga acara utama Invicta FC 22 pada Mac 2017. Yan tewas pada pusingan kedua di tangan Evinger.
Selepas itu, Evinger mengosongkan kejuaraan Bantamweigt tersebut. Yana berjaya memenanginya pada 31 Ogos 2017 selepas menewaskan Raquel Pa’aluhi. Beliau kekal pemegang kejuaraan tersebut.
Yana Ke Octagon
Pada 2018, tawaran daripada UFC tiba untuk Yana melakukan debut dalam octagon. Menariknya, Yana telah dijadualkan berhadapan dengan Chris Cyborg yang dipanggil mengejut untuk pertarungan itu.
Yana tewas dalam pusingan pertama dengan TKO selepas aksi gemuruh berhadapan dengan fighter serba lengkap Cris Cyborg.
Yana pada awalnya memberikan tentangan yang agak baik kepada Cyborg. Namun gagal untuk melakukan submission.
Ianya pengalaman paling bermakna dan acara terbesar pernah disertai oleh Yana setakat ini. Adakah beliau akan terus mendapat tempat di UFC selepas ini? Tidak pernah terlambat untuk mengejar impian yang tak terlaksana.