Kenali Pemain Akademi United Yang Dianggap ‘The Next Sancho’

Boss besar Manchester United yakin bintang sensasi berusia 16 tahun mereka, Shola Shoretire sudah cukup bagus untuk menjadi “next Jadon Sancho” ekoran dari kegagalan mereka pada jendela perpindahan yang lalu.

Setan merah telah dikaitkan dengan pemain sayap Borussia Dortmund itu sepanjang jendela perpindahan musim panas lalu, namun mereka gagal untuk membayar nilai £108 juta yang diminta.

United dilaporkan beberapa kali menghantar bidaan untuk mendapatkan Sancho namum kesemuanya ditolak oleh Dortmund kerana nilai yang ditawarkan rendah.

Sementara itu, mereka akhirnya berjaya untuk menandatangani beberapa pemain sebelum jendela perpindahan musim panas ditutup minggu lalu.

Sementara kelab melengkapkan urusan perpindahan untuk Amad Diallo dan Facundo Pellistri, seorang lagi pemain sayap sedang dipantau dek kerana aksi cemerlangnya bersama skuad muda United sekarang.

The Sun mendakwa pemain muda tersebut dinilai sangat hebat oleh kesemua pihak yang terlibat dalam skuad muda United dan mereka menganggap Shoretire akan bersinar seperti Sancho sekarang.

Dengan kelajuan yang sungguh mengagumkan dan bakat semula jadi yang luar biasa hebat ketika membawa bola, ianya mudah untuk melihat pemain muda itu bersinar kelak.

“Pemain yang bagus boleh menikmati pentas yang besar, Shoretire merupakan pemain yang sangat mengujakan.”

Jelas pengurus skuad U18 United, Neil Ryan.

“Kami mahu terus menjadikan mereka rendah diri dan bekerja lebih keras.”

“Ketika kamu melihat tahap profesional yang ditunjukkan oleh pemain seperti Marcus Rashford, dia adalah contoh terbaik. Scott Mctominay dan lain-lain.”

“Kesemua mereka ini merupakan produk dari akademi dan kesemua staff yang terlibat pula, mereka adalah contoh untuk kami.”

“Dia pemain yang sangat bagus, dia terus menunjukkan perubahan yang positif, dia juga boleh bermain dalam beberapa posisi yang berbeza, dia menunjukkan kematangan dalam aksinya.”

Shoretire telah melakar sejarah apabila beliau beraksi dalam saingan UEFA Youth League ketika berusia 14 tahun dan 314 hari.

Sebagai tambahan, Shoretire turut beraksi dalam perlawanan yang mana setan merah berjaya menewaskan Valencia 2-1 dalam kejohanan yang melibatkan pemain berusia 19 tahun.

Beliau melakukan debutnya bersama skuad bawah 23 tahun United bulan lalu ketika bertemu Leicester City dan Ole Gunnar Solskjaer pastinya terus memantau perkembangan pemain muda itu.

Bintang muda itu boleh berkasi untuk pasukan kebangsaan England dan Nigeria, bahkan beliau turut dibandingkan dengan legenda premier league Jay-Jay Okocha.

Beliau menjadi salah seorang pemain harapan untuk setan merah dan telah ditawarkan pre-contract ketika beliau berusia 17 tahun Februari lalu.

Shola Shoretire merupakan prospek masa depan untuk Manchester United dan para peminat setan merah pastinya sangat teruja untuk menantikan kemunculan pemain muda itu di pentas premier league.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.