No Van Dijk, No Problem. Mungkin demikianlah siulan kelegaan penyokong-penyokong Liverpool serata dunia pada hari ini setelah pasukan kesayangan mereka merekodkan satu lagi kemenangan – kali ini ke atas West Ham dengan jaringan 2-1.
Saingan Liga Perdana Inggeris mungkin masih awal dan baru memasuki minggu ke-7 saingan. Namun dalam saingan yang dianggap kompetitif di mana tiada di kalangan 20 pasukan yang tidak lari dari nikmat kekalahan, maka setiap perlawanan itu dianggap penting.
Ini kerana setiap mata dari setiap perlawanan mewakili konsistensi pasukan yang akhirnya akan menjadi penentu siapakah yang layak bergelar juara liga pada akhir Mei nanti.
Tiga minggu lalu, Jurgen Klopp mungkin terkedu selepas disahkan hilang khidmat pemain pertahanan terbaik dunia, Virgil van Dijk selepas insiden melibatkan Jordan Pickford.
Ketiadaan Van Dijk
Ketiadaan Van Dijk diraikan oleh penyokong lawan. Apa tidaknya. Pemain pertahanan dari Belanda itu bukan sahaja berkesan di bahagian pertahanan, malah mampu menjadi perbezaan antara kalah dan menang tatkala gandingan rangkaian serangkai buntuk menemui jaringan.
Demikianlah pentingnya Van Dijk di dalam sistem permainan Klopp dan Liverpool. Buat penyokong Liverpool yang terasa kerana diketawakan penyokong lawan disebabkan ketiadaan Van Dijk, anda silap jika berpendapat mereka ketawakan kecederaan tersebut.
Dailymail: Jordan #pickford has hired bodyguards to protect him and his family because of dead threats after he injuried #vandijk when #Everton played against #Liverpool. They are advised to stay off all social media in case they reveal their whereabouts. pic.twitter.com/lAzfutirJf
— Nowgoal Livescore (@NowgoalScore) October 28, 2020
Tidak ada siapa pun layak diketawakan kerana kecelakaan. Mereka yang ketawa itu sebenarnya gembira Liverpool hilang khidmat Van Dijk dan ini bermakna pasukan lain mempunyai ruang untuk menewaskan Liverpool.
Anda harus ingat betapa cemerlangnya Liverpool mengutip mata di saingan liga sejak dua musim lalu. Di Anfield sendiri, The Reds tidak pernah tewas dalam 63 perlawanan. Ini satu rekod yang mampu menjadikan Liverpool sekali lagi bergelar juara jika dibiarkan.
Sekurang-kurangnya lawan berpendapat mereka lebih berpeluang untuk mencuri mata jika Liverpool beraksi tanpa Van Dijk.
Kecederaan semakin parah
Mungkin ada yang berpendapat Jurgen Klopp dan pasukan teknikal Liverpool agak naif tidak membawa masuk seorang pemain pertahanan pada ketika Dejan Lovren meninggalkan Anfield di jendela perpindahan lalu.
Selain Van Dijk, Klopp masih mempunyai Joe Gomez dan juga Joel Matip di posisi tersebut. Seperti Van Dijk, Matip juga tidak cergas. Keadaan ini memaksa Klopp meletakkan Fabinho beraksi di posisi pertahanan menggantikan Van Dijk.
Ia bukan menghairankan mengapa Klopp pantas beralih kepada pemain dari Brazil ini. Satu perkara yang perlu diketahui mengenai Fabinho ialah versatiliti yang dimiliki oleh pemain ini.
We are waiting to discover the extent of the injury @_fabinhotavares sustained during tonight's win.
— Liverpool FC (@LFC) October 27, 2020
Selain daripada mampu beraksi di bahagian bek kanan, Fabinho turut boleh beraksi sebagai pemain tengah pertahanan. Ramai yang lupa bakat Fabinho pada peringkat awal di Real Madrid Castilla sebenarnya bermula di posisi bek kanan.
Namun perkembangan Fabinho sebagai pemain pertahanan tengah mengambil tempat di Monaco.
Walaupun berjaya membentuk antara pertahanan yang ampuh pada musim 2014/15 di Ligue 1 dan eropah, Fabinho turut membuktikan keupayaan di bahagian tengah pertahanan.
Di sinilah beliau memikat hati Klopp dan pasukan teknikal Liverpool sehingga dipancing oleh kelab Merseyside itu pada pertengahan 2018.
Maka tidak mengejutkan mengapa Fabinho turut beraksi dengan baik untuk Liverpool di bahagian pertahanan tengah dalam perlawanan menentang Midtjylland di pertandingan Champions League.
Nathaniel Phillips
Kecederaan seorang lagi pemain berkelas dunia di posisi yang sama sudah pasti menjadi igauan buat mana-mana jurulatih. Ini termasuklah kepada jurulatih terbaik dunia seperti Jurgen Klopp sekali pun.
Siapakah lagi yang layak mengisi posisi penting tersebut? Pemain muda Rys Williams adalah antara calon yang dilihat sesuai. Nama Jordan Henderson juga merupakan antara yang menjadi sebutan.
Secara statistik, Henderson adalah antara pemain terbaik Liverpool dengan jumlah clean tackle tertinggi. Ia juga bukan kali pertama sekiranya Henderson diturunkan di posisi tersebut.
.@JamesPearceLFC: "The fact Nathaniel Phillips isn’t registered to play in the Champions League and Liverpool play Atalanta on Tuesday night is significant. [They] can’t risk Rhys Williams getting injured today." #awlfc [the athletic] pic.twitter.com/NZstVeReRr
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) October 31, 2020
Menentang kelab Mexico, Monterrey di Piala Kelab Dunia pada tahun lalu, Henderon digandingkan dengan Gomez dan membantu pasukannya memberikan ketenangan yang diperlukan.
Di sebalik calon pilihan yang ada, Klopp bertindak sebaliknya, dan dengan drastik memberikan Nathaniel Phillips debut dalam perlawanan menentang West Ham.
Siapakah gerangannya Nathaniel Phillips? Nathaniel adalah anak kepada Jimmy Philip, bekas kepada pemain Bolton Wanderers.
🥈 Only one centre-back earned a higher WhoScored rating in the Bundesliga II than Liverpool loanee Nathaniel Phillips last season (7.07)
👀 The 23-year-old is in the starting XI and making his first ever Premier League appearance for the Reds vs West Ham #LIVWHU pic.twitter.com/lXvQxJ68Pz
— WhoScored.com (@WhoScored) October 31, 2020
Merupakan produk akademi Bolton, Nathaniel menyertai Liverpool pada permulaan musim 2016/17 selepas ujian kelayakkan yang meyakinkan.
Sebenarnya Nathaniel turut ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat di Universiti of North Carolina. Namun demikian tawaran tersebut ditolak, kerana sudah pun bertekad untuk menyertai Liverpool.
Selepas tiga musim bersama skuad simpanan, Liverpool berpendapat Nathaniel sudah bersedia untuk aksi di kesebelasan utama namun menghantar pemain ini ke Jerman untuk bersama Stuttgart – yang pada ketika itu bermain di Divisyen 2 bola sepak jerman.
The teams are in at Anfield… 👀
Liverpool name Nathaniel Phillips in defence alongside Joe Gomez.
West Ham select Sebastien Haller up top.
📲💻 Follow: https://t.co/B4LNZp1nkx #bbcfootball #LIVWHU pic.twitter.com/WK60k1ky20
— BBC Sport (@BBCSport) October 31, 2020
Dan pada musim lalu, Nathaniel telah melakukan 19 penampilan untuk kelab Jerman itu di mana Stuttgart tidak dibolosi dalam 6 perlawanan ketika beliau beraksi.
Harus diakui tidak mudah untuk seseorang pemain muda untuk menembusi skuad utama Liverpool. Apatah lagi kesebelasan utama kendalian The Reds kerana kualiti yang ada di dalam skuad utama.
Nathaniel Phillips tidak terkecuali. Pada satu ketika beliau sendiri hampir sahaja meninggalkan Anfield.
Statistik Nathaniel Phillips vs West Ham
Tidak boleh dinafikan elemen nasib telah membuka ruang untuk beliau bersaing dan kini berpeluang membangunkan bakatnya di bawah kendalian Klopp.
“Saya sangat menikmati pelawanan pada hari ini,” ujar Nathaniel.
“Ia adalah perlawanan yang sengit, dengan banyak bola di udara untuk direbut, tetapi itulah kekuatan saya. Maka untuk bahagian tersebut saya menikmati perlawanan ini.
If everything had gone as originally planned, Nathaniel Phillips wouldn't even have been at Anfield this season.
Instead, he put in a star turn against West Ham as Liverpool went top of the league.
Read more
👉https://t.co/ECfMuRcWDx #LIVWHU #LFC pic.twitter.com/LQBAC3ULij— BBC Sport (@BBCSport) October 31, 2020
“Saya sangat memberikan perhatian kepada perlawanan pada hujung minggi sehinggalah ke detik ini, namun jika peluang datang lagi, saya bersedia untuk kembali beraksi.”
Apa yang diperkatakan oleh Nathaniel itu adalah nada keyakinan seorang pemain muda yang begitu teruja untuk membuktikan kemampuannya.
Sepanjang perlawanan, Nathaniel Phillips telah melakukan 9 clearances. Jumlah tersebut adalah jumlah clearance terbanyak di kalangan semua pemain yang beraksi dalam perlawanan pada malam tadi.
Pemain pertahanan itu turut mengecewakan bahagian serangan West Ham sepanjang perlawanan dengan menghasilkan dua interceptions dan enam ball recoveries.
🔴 Nathaniel Phillips – Premier League debut by numbers
Clearances – 9 (🥇 1st)
Aerial Duels Won – 5 (= 🥇 1st)
Interceptions – 2 (= 🥈 2nd)
Accurate Passes – 66#LIVWHU #LFC pic.twitter.com/nkUWpUJLAf— WhoScored.com (@WhoScored) October 31, 2020
Jika Van Dijk dikenali kerana kekuatan fizikalnya dalam perebutan bola di udara, Phillips juga membantu mengisi bahagian itu dengan memenangi lima duel dalam perebutan bola di udara.
Ia juga bermakna Phillips juga menjadi pemain paling banyak memenangi duel di udara dalam perlawanan ini.
Seperti juga Van Dijk, pemain pertahanan berusia 23 tahun ini juga cemerlang dan selesa apabila mengawal bola. Sepanjang perlawanan beliau merekodkan 96 sentuhan dan melengkapkan 66 hantaran – iaitu purata 81.5%.
Gol Pablo Fornal yang memberikan pendahuluan juga bukan berpunca daripada beliau. Ini bermakna Nathaniel Phillips merekodkan zero errors dalam perlawanan menentang The Hammers.
Rumusan
Keberkesanan Nathaniel Phillips dalam perlawanan menentang West Ham menjelaskan sebab Liverpool tidak mencari pengganti kepada Virgil van Dijk.
Dan berdasarkan apa yang Nathaniel Phillips tampilkan, sudah tentu pasukan teknikal data analisis turut membantu Klopp mencari pemain yang sesuai. Dengan kata lain sistem di Liverpool telah menampilkan Nathaniel Phillips tatkala mereka dalam kesesakan.
Bezanya kali ini mereka menemui permata itu di kalangan mereka sendiri. Kenapa perlu berbelanja sekiranya anda mempunyai pemain dengan potensi sama dan memiliki prospek menjadi bintang satu hari nanti.
Soalannya sekarang, adakah kita akan melihat seorang lagi pemain muda seperti acuan Trent Alexander-Arnold bangkit di Anfield? Penyokong Liverpool pasti mahu mempercayainya.
Satu perkara yang pasti anda tidak perlu risaukan sebarang krisis jika memiliki sistem analisis yang benar-benar boleh disandarkan seperti yang Liverpool miliki.