Istilah WAGs adalah untuk singkatan ‘wife and girlfriends’ sering kali digunakan untuk merujuk terhadap pasangan kepada pemain bola sepak. Biasanya WAGs terkenal dengan paras rupa yang cantik dan mempesona.
Di Eropah misalnya, WAGs pemain-pemain bola sepak terkenal dunia sering menjadi perhatian peminat dan penyokong bola sepak.
Pernahkan anda tertanya-tanya siapakah WAGs tercantik di Asia?
Melalui satu terbitan pada tahun lalu, sebuah media di Indonesia melabel Jenna Vivian sebagai WAGs yang mempunyai paras rupa tercantik di rantau ini.
Siapakah Jenna Vivian?
Jenna Vivian adalah pasangan kepada pemain bek kanan skuad kebangsaan dan JDT, Matthew Davies.
Bukan sahaja mempunyai paras rupa yang cantik, Jenna juga berkecimpung di dalam bidang pemasaran dan perhubungan awam.
Wanita berasal dari Australia ini juga mempunyai 22,000 pengikut di Instagram dan sering kali berkongsi detik-detik bahagia bersama Matt Davies.
View this post on Instagramdebut & first trophy with @officialjohor 🔴🔵🏆
A post shared by Matt Davies (@matttdavies) on
Matt Davies dan Jenna Vivian dipercayai menjadi pasangan kekasih sejak 2013 lagi.
Malah Jenna sering kali dilihat memberikan sokongan kepada Matt Davies setiap kali pemain kacukan Australia itu beraksi – sama ada untuk pasukan kebangsaan atau pun kelab.
Dari Pahang ke JDT
Pada musim ini Matthew Davies menyertai JDT pada awal musim ini. Davies dianggap sebagai signing terpenting buat JDT bukan sahaja untuk musim ini, namun juga untuk musim-musim akan datang.
Mengimbau kembali karier pemain bek kanan ini di Liga Malaysia, Davies mulai beraksi bersama pasukan Pahang pada 2015 pada usia 20 tahun.
https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/posts/1598216720341621?__xts__%5B0%5D=68.ARCDcvmwPb2YN_SUS9I6GpplSLyurTCEJkltSWxoQQz8UGQxoUdSZ_JljqPIKXbOhi-SZD1ScEhzhbXYutHQUvZoqs0bEIw9aOSdxONp7zVF9CbSE88V6lI-9j_zzrfAAqvGVeXHzZb7LRKxmc21AcNc-2B0HsqD4EhBwXNuKN2F4tCyfne2nSh-9xRYi9F4MYq3buznqMQ40Vx6WsI-Y7R2-11st0_zlK5PcQST4pBGS6-rka-D-Tj0jIBHPRNPUtB5_ePF5chaX0mvgZc4iggAsjSO6sc2KwQ98xJie3uCcWyVlcqf7dyLX2-WoKz2x2YFTRUavXfx7vFKDVF-hVnyeQ&__tn__=-R
Pernah dianggap sebagai produk terbaik Australian Institute of Sport Football Program (A.IS) pada 2010, Davies pantas menjadikan posisi bek kanan skuad Tok Gajah menjadi miliknya.
Permainnya yang matang dan meyakinkan membuatkan Dollah Salleh tidak teragak-agak menjadikan Davies kapten pasukan termuda di dalam sejarah yang menjulang kejuaraan Piala FA pada 2018 – pada usia 23 tahun.
Benarlah kata orang. Di belakang kejayaan seseorang lelaki, pasti akan ada seorang wanita hebat sebagai pendukungnya. Untuk Matt Davies, wanita itu adalah Jenna Vivian – WAGs tercantik di Asia!