Kenali 6 Kelab Yang Tidak Pernah Tersingkir Sejak Era Premier League Dimulakan

Dari 49 buah kelab yang pernah beraksi di saingan Premier League sejak ianya dijenamakan semula pada 1992, hanya enam dari mereka tidak pernah tersingkir ke liga bawahan dan kekal bersaing di divisyen teratas liga paling mencabar di dunia.

Ayuh kita lihat perkembangan setiap kelab menjelang kembalinya saingan English Premier League pada hujung minggu ini.

1. Arsenal

blank

Kelab berpengkalan di utara London ini pernag muncul juara Premier League pada tahun 1997, 2002, dan 2004. Semua gelaran tersebut diraih pada era Arsene Wenger bergelar pengurus.

Ketika meraih kejuaraan pada 2004, Arsenal meraih gelaran invisible kerana rekod tak terkalah sepanjang musim. Arsenal kekal sebagai satu-satunya pasukan yang pernah berbuat demikian pada hari ini.

Mikel Arteta yang pernah menjadi tunjang di jentera tengah The Gunners pada era Wenger kini adalah pengurus kelab London ini dan membawa pelbagai pembaharuan baharu untuk saingan musim akan datang.

2. Chelsea

blank

 

Ketibaan Roman Abramovich sebagai pemilik kelab London ini pantas menjadikan kelab ini bergelar juara dengan pelaburannya. Kejuaraan pertama diraih pada musim 2004/05.

Setelah turut berjaya mempertahankan kejuaran tersebut pada musim berikutnya, The Blues turut meraih gelaran juara Premier League pada 2010, 2015 dan 2017.

Musim akan datang, Chelsea terus mempertaruhkan Frank Lampard sebagai pengendali dan aktiviti di pasaran pemain sepanjang musim panas ini menjadikan Chelsea kelab tumpuan ramai.

3. Everton

blank

Everton adalah salah satu kelab yang tidak pernah tersingkir daripada Premier League, namun turut tidak pernah bergelar juara pertandingan ini.

Everton sering kali dilabel sebagai kelab pertengahan liga dan beberapa kali mengejutkan ramai apabila berada di kedudukan lima pasukan teratas.

Pada musim akan datang jurulatih berpengalaman, Carlo Ancelotti telah mendatangkan beberapa nama besar dan berpengalaman seperti Allan dari Napoli dan James Rodriguez dari Real Madrid.

4. Liverpool

blank

Abaikan kata-kata dusta bahawa Premier League bermula pada musim 2016. Liverpool akhirnya berjaya meraih kejuaraan Premier League pertama mereka pada musim lalu selepas kemarau kejuaraan Liga Inggeris selama 30 tahun lamanya.

Sejak ketibaan Jurgen Klopp, pengendali dari Jerman itu telah membawa masuk beberapa pemain seperti Virgil van Dijk, Allison Becker, Mohammed Salah, Sadio Mane, Fabinho, Andy Robertson, Naby Keita, dan ramai lagi.

Kumpulan pemain ini menjadi tunjang kepada kebangkitan Liverpool sejak dua tahun lalu. Namun aktiviti mereka di pasaran pemain pada musim ini sedikit sebanyak menggusarkan penyokong mereka untuk mempertahankan gelaran.

Tewas kepada Chelsea dalam perebutan Timo Werner, dan Thiago Alcantara dijangka akan kekal di Bayern Munich atau kembali menyertai Barcelona, Klopp harus menjual pemain sebelum membeli yang baharu.

5. Manchester United

blank

Dengan 13 trofi Premier League, Setan Merah adalah kelab paling berjaya di era Premier League. Namun kejuaraan terakhir hanya tiba pada musim terakhir pengurus legenda, Sir Alex Ferguson pada 2013.

Sering bertukar jurulatih dan berbelanja besar untuk mendapatkan pemain ternama nyata formula yang gagal bagi kelab Manchester ini.

Kemarau 7 tahun, skuad Ole Gunnar Solksjaer dilihat sering kali dibayangi oleh kejayaan silam. Namun perubahan positif pada babak kedua musim memberi indikasi Solksjaer mempunyai ramuan untuk memacu United ke hadapan.

Solksjaer kini dikhabarkan sedang giat mengejar beberapa pemain lagi untuk menutup kepincangan. Maka tidak hairanlah penyokong Setan merah optimis dengan slogan ‘Next Year is our Year’ yang diwarisi dari penyokong Liverpool.

7. Tottenham Hotspur

blank

Seperti Everton, Tottenham Hotspur juga tidak pernah muncul juara Premier League. Pencapaian terbaik mereka adalah muncul naib juara pada musim 2016/17.

Namun itu adalah pada era Mauricio Pochettino yang telah mengubah struktur bola sepak di kelab London itu. Sebelum itu Spurs juga sering menamatkan saingan di pertengahan liga.

Setelah mengejutkan ramai memecat Pochettino, pengerusi kelab, Daniel Levy beralih kepada jurulatih kontroversi dari Portugal, Jose Mourinho.

Mourinho pasti terdesak untuk membuktikan pemecatan beliau oleh Chelsea dan Manchester United sebelum itu sebagai kesilapan.

Penutup

Apa pendapat anda? Besar kemungkinan enam kelab ini akan terus mengekalkan tradisi kekal di saingan Premier League pada musim akan datang.

Namun siapakah yang mampu mencabar kejuaraan. Mampukah Ancelotti atau Mourinho membawa Everton atau Tottenham bergelar juara buat kali pertama.

Atau adakah Arsenal, Chelsea dan Manchester United akan merampas kejuaraan dari Liverpool pada musim ini?

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.