Kenali 25 Jelitawan Termasyur Dari Dunia Tenis Wanita

Tenis adalah salah satu sukan yang terkenal dunia, dan diikuti oleh jutaan peminat dari seluruh dunia.

Selain daripada permainan itu sendiri, turut menarik perhatian adalah rupa pemain-pemain tenis wanita yang menawan.

Wanita-wanta ini membuktikan kecantikan bukan sekadar di luaran, tetapi turut mampu menampilkan keupayaan ketika di gelanggang.

Malah sebahagian besar daripada mereka masih lagi aktif mewarnai dunia tenis pada hari ini.

Berikut adalah 25 daripada antara pemain tenis yang menawan.

Nicole Gibbs

Nicole adalah pemain tenis Amerika Syarikat yang pernag memenangi empat gelaran perseorangan dan tiga gelaran bagi acara beregu pertandingan ITF.

Ranking dunia tertinggi yang Nicole pernah capai ialah pada kedudukan ke-68 pada tahun 2016.

Karier Nicole sebagai pemain tenis bermula ketika kolej di Stanford, sebelum bergelar pemain profesional pada 2013.

blank

Sania Mirza

Sania adalah pemain tenis profesional yang berasal dari India, dan pernah menduduki ranking No.1 dunia bagi kategori beregu.

Beliau merupakan pemain tenis paling berjaya di India, dan merupakan atlet dengan pendapatan tertinggi dari negaranya.

Sania dilatih oleh ayahnya sendiri, dan turut melihat Steffi Graf sebagai idolanya.

blank

Alizé Cornet

Alizé adalah pemain tenis profesional yang berasal dari Perancis.

Beliau telah memenangi lima kejuaraan perseorangan dan tiga kejuaraan beregu sepanjang Jelajah WTA.

Beliau mula bermain tenis pada usia empat tahun. Pemain tenis yang beliau paling minati ialah Rafael Nadal.

blank

Elina Svitolina

Elina adalah pemain tenis yang mulai bergelar pemain profesional pada 2010. Beliau berada di ranking ke-3 dunia pada 2017.

Sepanjang tahun lalu beliau menjuarai Kejohanan Tenis Dubai, Terbuka Kanada dan Terbuka Itali.

Beliau masih menetap di Ukraine, tetapi menjalani latihannya di luar negara.

blank

Sabine Lisicki

Sabine berasal dari Jerman dan bergelar pemain tenis profesional pada 2006.

Nama beliau mulai meningkat pda 2009 apabila mara ke suku akhir Wilbledon dan memenangi Family Circle Cup.

Sabine mulai berkecimpung dengan tenis pada usia 7 tahun selepas didorong oleh ayahnya. Ayahnya adalah seorang doktorat sains sukan dan adalah jurulatih kepada Sabine.

blank

Alona Bondarenko

Alona Bondarenko juga berasal dari Ukraine, dan mempunyai seorang kakak beraksi bersama di Jelajah WTA,

Beliau pernah beraksi bersama kakaknya untuk acara beregu.

Bodarenko adalah bekas juara beregu Terbuka Australia.

blank

Wang Qiang

Wang adalah pemain yang pernah memenangi 13 gelaran perseorangan dan satu gelaran beregu di kejohanan anjuran ITF.

Ranking dunia tertinggi yang pernah dicapai oleh beliau ialah di kedudukan ke-44 dunia pada Januari 2018.

blank
Tennis – Australian Open – Third Round – Melbourne Park, Melbourne, Australia – January 24, 2020 China’s Qiang Wang celebrates winning the match against Serena Williams of the U.S. REUTERS/Kai Pfaffenbach

Karolina Pliskova

Karolina pula adalah pemain tenis profesional yang berasal dari Republik Czech dan merupakan bekas pemain No.1 dunia.

Beliau memiliki 19 gelaran WTF dan juga ITF. Pemain ini dikenali dengan corak permainan agresif kerana servis kencangnya.

Selain itu, Karolina turut digeruni oleh lawan kerana kehebatannya bermain di hadapan jaring.

blank

Cici Bellis

Catherine “Cici” Bellis adalah pemain tenis Amerika Syarikat dan memiliki satu gelaran perseorangan WTA.

Selain itu, Cici turut pernah membolot enam kejuaraan perseorangan dan dua gelaran beregu di ITF.

Cici dilahirkan di California, tetapi menetap di Kanada. Mulai bergelar pemain profrsional pada 2016, beliau memperolehi biasiswa penuh dari Universiti Stanford.

blank

Andrea Petkovic

Andrea adalah pemain tenis Jerman dan pernah berada di ranking ke-9 dunia pada Oktober 2011.

Sehingga kini, Andrea telah membolot 15 kejuaraan WTA dan ITF.

Andrea fasih berturut dalam empat bagasa, dan mempunyai channel YouTube beliau sendiri yang anda boleh ikuti.

Pergi search cepat!

blank

Laura Robson

Laura adalah pemain tenis British pertama berada di dalam senarai ini. Belia muncul juara Wimbledon Remaja Wanita pada usia 14 tahun, dan tiga kejuaraan ITF.

Namun malangnya karier beliau turut dipalit kecederaan. Laura adalah pemain bertangan kidal dan dikenali sebagai pemain yang memiliki servis dominan dan pukulan forhen yang kencang.

blank

Tamira Paszek

Tamira pula adalah pemain tenis profesional berasal dari Austria. Beliau pernag merangkul tiga kejuaraan WTA dan enam gelaran ITF sepanjang kariernya.

Tamira mulai berjinak dengan sukan tenis melalui ibunya sejak berusia 4 tahun.

blank

Donna Vekic

Donna adalah pemain tenis yang berasal dari Croatia dan mungkin yang paling sinonim dengan rakyat di negara ini setelah muncul juara Terbuka Malaysia 2014.

Selain daripada itu, Donna turut pernah muncul juara Terbuka Nottingham dan enam gelaran ITF yang lain.

Ranking tertinggi dunia pernah dicapai oleh Donna ialah di kedudukan ke-45 pada 2017.

blank

Bethanie Mattek

Bethanie adalah bintang tenis yang memenangi pingat emas di acara beregu campuran Sukan Olimpik 2016. Beliau juga adalah pemenang lima kali Grand Slam.

Turut dikenali kerana citarasa fesyen dan digelar Lady Gaga di kalangan pemain tenis wanita.

blank

Serena Williams

Sekali pandang pun dah kenal siapa. Pencapaian beliau di dalam dunia tenis wanita pun tidak perlu dihuraikan lebih.

Serena pernah menduduki ranking No.1 dunia sebanyak lapan kali sepanjang kariernya sejak 2008.

Beliau telah berkahwin dengan pemilik Reddit, Alexis Ohanian, dan pasangan tersebut dikurniakan seorang bayi wanita pada 2017.

blank

Monica Puig

Monica adalah pemain tenis wanita yang berasal dari Puerto Rico dan juga merupakan pemenang pingat emas di Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro.

Sepanjang kariernya, Monica turut pernah memenangi dua gelaran perseorangan WTA, dan enam gelaran ITF.

Ranking dunia terbaiknya ialah di kedudukan ke-27 pada 2015.

blank
MADRID, SPAIN – MAY 5 : Monica Puig at the 2017 Mutua Madrid Open WTA Premier Mandatory tennis tournament

Tsvetana Pironkova

Tsvetana adalah pemain tenis yang berasal dari Bulgaria. Beliau merupakan pemain tenis dri Bulgaria yang paling berjaya dalam sejarah Fed Cup.

Ia bukan menghairankan Tsvetana dianggap sebagai salah seorang atlet paling menawan dalam bidang sukan. Malah beliau turut mempunyai rangkaian butik dan jenama perniagaan tersendiri.

blank

Mandy Minella

Mandy adalah pemain tenis profesional yang berasal dari negara kecil, Luxemborg. Beliau telah menjuarai dua kejuaraan di WTA, sembilan kejuaraan perseorangan, dan lima kejuaraan beregu di ITF.

Beberapa tahun terakhir kebelakangan ini kariernya dibayangi prestasi yang tidak konsisten. Harapan sudah pasti untuk melihat Mandy bangkit kembali sebagai salah seorang pencabar utama.

blank

Sorana Cirstea

Sorana berasal dari Romania dan pernah menduduki ranking ke-21 dunia pada 2013.

Beliau bermula bermain tenis pada usia 4 tahun dan mempunyai hobi seperti membeli belah, menonton wayang, dan membaca.

blank
NEW HAVEN, CT – AUGUST 24: Kirsten Flipkens of Belgium returns a shot to Daria Gavrilova of Australia during Day 7 of the Connecticut Open at Connecticut Tennis Center at Yale on August 24, 2017 in New Haven, Connecticut. Maddie Meyer/Getty Images/AFP
== FOR NEWSPAPERS, INTERNET, TELCOS & TELEVISION USE ONLY ==

Caroline Wozniacki

Caroline Wozniacki adalah pemain tenis dari Denmark dan bekas pemain No.1 dunia. Sepanjang kariernya setakat ini, Wozniacki telah meraih 28 kejuaraan.

Beliau mulai bermain tenis pada usia 7 tahun, dan dilatih oleh ayahnya yang merupakan pemain bola sepak profesional di Poland dan Denmark.

blank

Sloane Stephens

Sloane adalah pemain tenis wanita Amerika Syarikat yang memiliki ebam kejuaraan perseorangan, termasuk Terbuka US pada 2017.

Venus dan Serena adalah inspirasi buat beliau, dan datuknya pula adalah inspirasi di luar gelanggang.

Teman lelaku Sloane adalah pemain bola sepak antarabangsa Amerika Syarikat, Jozy Altidore.

blank

Maria Sharapova

Maria Sharapova juga seorang lagi pemain tenis yang tidak perlu diperkenalkan kepada umum. Beliau dilahirkan di Rusia, namun kini menetap di Amerika Syarikat.

Sharapova pernah menakluki kedudukan No.1 dunia sebanyak lima kali, dan memenangi banyak kejuaraan Wimbledon, Terbuka US dan Terbuka Perancis.

Selain tenis, Sharapova turut dikenali dengan kerja modeling dan komersil di televisyen.

blank
FILE PHOTO: Maria Sharapova of Russia celebrates after defeating Sabine Lisicki of Germany in their semi-final match at the Wimbledon tennis championships in London June 30, 2011. REUTERS/Eddie Keogh/File Photo

Dominika Cibulkova

Dominika adalah pemain kelahiran tenis yang dikenali dengan corak permainan agresif. Sehingga kini, beliau telah memenangi lapan kejuaraan WTA, dan dua gelaran ITF.

Beliau kini menetap di Dubai. Paris, New York dan Bratislava adalah antara bandar yang digemari oleh Cibulkova.

blank

Camila Giorgi

Camila adalah pemain tenis profesional berdarah Itali dan pertama kali memasuki senarai 100 teratas ranking dunia pada 2012.

Kejayaan tersebut susulan kejayaan beliau mara sehingga ke pusingan ke-4 Wimdledon pada tahun tersebut.

Ranking tertinggi yang beliau pernah capai setakat ini adalah di kedudukan ke-30 pada 2015. Giorgi dikenali sebagai pemain yang mempunyai pukulan kencang di dalam tenis.

blank

Eugenie Bouchard

Eugenie Bouchard adalah pemain tenis profesional yang pernah menduduki kedudukan ke-5 ranking dunia.

Ia adalah keduduakan tertinggi yang pernah dicapai oleh pemain wanita dari Kanada.

Beliau paling diingati kerana kejayaan mara ke perlawanan akhir Wimbledon pada 2014.

Eugenie mempunyai kembar yang lebih tua hanya 6 saat, juga mempunyai rupa yang menawan seperti Eugenie.

blank
Citi Open Tennis 2017

Penutup

Masih ramai di kalangan pemain tenis wanita yang mempunyai rupa menawan tidak berada di senarai ini.

Siapakah pemain tenis kegemaran anda? Kongsikan dengan kami di ruangan komen.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.