Kempen #FreddieOut Sudah Bergema Hanya Pada Perlawanan Pertama Ljungberg

Penyokong Arsenal jelas tak berpuas hati dengan Freddie Ljungberg, hanya dalam perlawanan pertama pengurus itu berada di bangku pengurus.

Ljungberg memulakan tugasan beliau sebagai interim menggantikan Unai Emery yang dipecat kerana prestasi hambar.

Selepas berjaya dalam 2 kempen out untuk pengurus mereka, kini mereka sudah mula berkempen singkirkan Freddie Ljungberg.

Pengurus paling berjasa, Arsene Wenger antara yang pernah berhadapan dengan kempen Wenger Out. Diikuti pengurus yang mereka pernah gelar sebagai genius taktikal dengan EmeryBall.

Malah ada yang berkongsi video yang dimuat naik oleh Arsenal FC dan memuji taktikal EmeryBall

https://twitter.com/RowanS_12/status/1200494232735277056

Namun selepas itu, Unai Emery berhadapan dengan kempen #UnaiOut kerana penyokong Arsenal menganggap pengurus tersebut buta taktik dan tak tahu apa yang beliau sedang lakukan.

Terbaru, hanya dalam perlawanan pertama, #FreddieOut sudah menjadi trending di UK.

Mereka mahukan Ljungberg disingkirkan segera walaupun baru 1 perlawanan memegang jawatan pengurus secara interim.

Sebelum ini penyokong Arsenal antara yang memperjuangkan Freddie In untuk menggantikan Unai Emery.

Malah ada yang menganggap Freddie Ljungberg tactician hebat yang mengembalikan Wengerball.

Ada yang menitis air mata ketika Ljungberg dikatakan mencipta semula Wengerball di dalam pasukan mereka. Anda baca komen pengguna twitter bernama Deco.

Namun begitu, penyokong Arsenal mulai kecewa dengan senarai kesebelasan utama apabila Ljungberg meletakkan Shkodran Mustafi dan Granit Xhaka dalam kesebelasan utama, walaupun Ljungberg mengembalikan Mesut Ozil dan Alexandre Lacazette ke dalam kesebelasan utama.

Xhaka dan Mustafi merupakan 2 nama yang paling tak digemari di Arsenal. Mustafi bek tengah yang mereka anggap tidak berkaliber. Sementara itu Xhaka adalah pemain yang pernah menimbulkan kemarahan mereka sebelum ini.

Penyokong Arsenal sangat kecewa dengan corak pengurusan pasukan Freddie Ljungberg, walaupun ia baru perlawanan pertama.

Arsenal seri 2-2 berhadapan dengan Norwich. 2 kali mereka dipaksa bangkit di Carrow Road. Arsenal meneruskan rekod tanpa kalah kepada 8 perlawanan dalam semua pertandingan dan 6 perlawanan dalam liga.

Arsenal kini semakin jauh daripada kelompok 4 teratas. Alasan pemecatan Unai Emery adalah kerana mereka mahu menyelamatkan hala tuju pasukan supaya kembali ke landasan persaingan 4 teratas.

Arsenal menyatakan mereka akan menggunakan Ljungberg mungkin sehingga Januari. Buat masa ini Arsenal masih mencari pengurus tetap.

Beberapa nama dikaitkan dengan Asenal termasuk Mauricio Pochettino, Max Allegri dan juga Nuno Espirito Santo.

Tetapi Arsenal sudah berikrar akan memberikan sokongan penuh kepada Ljungberg selagi lagi beliau menjadi interim.

Arsenal juga yakin Ljungberg akan berjaya menggalas cabaran yang diberikan kepada beliau.

Arsenal akan berhadapan dengan West Ham dalam aksi Derbi pada Selasa minggu hadapan.

Pada Disember, Arsenal juga akan berhadapan dengan 2 pasukan big six iaitu Manchester City dan Chelsea.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.