Kematangan Scott McTominay Menjadi Ketua Pasukan United Wajar Dipuji

Peminat Manchester United menyukai temu bual selepas perlawanan Scott Mctominay ketika beliau menjadi ketua pasukan dalam kemenangan 1-0 menewaskan Watford awal pagi tadi.

McTominay menjaringkan satu-satunya gol dalam perlawanan tersebut untuk setan merah mara ke pusingan seterusnya saingan Piala FA.

Ia merupakan malam yang istimewa untuk pemain kebangsaan Scotland itu, selepas beliau dilantik untuk menjadi ketua pasukan yang telah beliau wakili sejak kecil lagi itu.

Ole Gunnar Solskjaer telah melantik Scott Mctominay untuk menjadi ketua pasukan buat pertama kalinya dalam perlawanan pada awal pagi tadi.

Berkait gol jaringan beliau, Scott Mctominay menjelaskan:

” Saya memang perlu menjaringkan gol menerusi tandukan. Saya enam kaki tinggi berdiri di sana.”

Jelasnya kepada Des Kelly.

“Bagi saya, ketika pengurus memberi tahu saya bahawa saya akan menjadi ketua pasukan, ia merupakan detik yang sungguh mengharukan.”

“Saya berada di sini sejak saya berusia lima tahun, ia seolah sepanjang hidup saya dan ia merupakan satu penghargaan untuk saya.”

Solskjaer turut memuji kematangan dan kehebatan Scott Mctominay dengan menyatakan:

“Scott McTominay sedang mengharungi musim yang cemerlang. Dia menjadi semakin bahaya dan sangat bahaya, kita tahu dia boleh bermain sebagai box-to-box midfielder.”

“Dia patut menjaringkan beberapa gol lagi menerusi hantaran lintang sebelum ini kerana dia seorang manusia yang buas. Saya sangat gembira melihat dia menjaringkan gol.”

 

Pemain berusia 24 tahun itu memberi kata-kata yang cukup matang ketika dalam temu bual tersebut dan beliau turut melakukan hal sama ketika melayan peminat di media sosial.

Kebanyakkan peminat beranggapan kematangan yang beliau tunjukkan seharusnya dipuji dan Scott McTominay adalah individu paling tepat untuk mengetuai Manchester United di masa hadapan.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.