Penyerang Leicester City, Kelechi Iheanacho mendedikasikan jaringan hat-trick beliau ketika bertemu Sheffield United untuk para ibu di seluruh dunia.
Kelechi mendedikasikan untuk kesemua ibu kerana beliau sendiri sudah kehilangan ibunda tercintanya sejak berusia 14 tahun.
Iheanacho mendominasi permainan dalam membantu Leicester selesa membelasah Sheffield United 5-0 di King Power Stadium malam semalam.
We need more Kelechi Iheanacho in the world. It takes strength to be gentle and kind https://t.co/HIWJRQ5Kro
— Tom Regan (@tomregan57) March 14, 2021
Pemain kebangsaan Nigeria itu bercakap kepada penyampai Sky Sports dalam temu bual selepas perlawanan, dan telah memberi ucapan istimewa untuk para wanita seluruh dunia bersempena hari ibu.
“Saya tidak tahu bagaimana untuk meluahkan perasaan ini, tapi sangat berbangga dan bersyukur. Saya bersyukur kepada tuhan untuk hari ini kerana saya sudah lama menanti hari ini untuk tiba.”
If you didn't see Kelechi Iheanacho's post match interview after scoring a hatty today take a look..
What a lovely bloke. ♥️
📹 @footballdaily pic.twitter.com/bqYYFVLv33
— Footy Accumulators (@FootyAccums) March 14, 2021
“Saya sudah berusaha dan bekerja keras dan saya sangat bersyukur kepada tuhan. Saya ucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan dan kepada pengurus kerana membantu saya berkembang. Saya berterima kasih kepada semua dalam kelab kerana membantu saya dan saya gembira untuk hari ini.”
“Saya mahu mengambil kesempatan ini untuk mendedikasikan hat-trick ini kepada semua ibu di seluruh dunia. Seseorang yang sentiasa menjaga kita. Saya ucapkan selamat hari ibu kepada mereka semua.”
Ibu kepada Iheanacho, Mercy telah meninggal dunia pada tahun 2013.
Beliau pernah mendedahkan hal tersebut pada 2015 yang lalu ketika masih beraksi bersama Manchester City.
14th of March.
After scoring a hat trick in the 5-0 thrashing of Sheffield United, Kelechi Iheanacho became the ''First Nigerian'' to score a hat trick in the EPL since Peter Odemwinge in a 5-1 win over Wolverhampton Wanderers on the 12th of February 2012. pic.twitter.com/QSkKgvCIxY
— This Day In History. (@anthony_adejumo) March 14, 2021
“Ayah saya (James) seorang trader dan ibu saya seorang guru, tapi dia sudah meninggal dunia beberapa tahun lalu yang mana ia sangat perit untuk kami semua.”
“Saya ada dua adik dan seorang kakak di Nigeria. Semua yang saya lakukan saya lakukan untuk ibu saya dan keluarga saya. Itu penyemangat saya.”
“Ayah saya sudah pulang ke rumah dan saya tinggal bersendirian di Manchester buat ketika ini.”
“Tapi saya fikir ramai lagi orang lain di luar sana boleh menjadikan saya sebagai inspirasi atas apa yang berlaku kepada saya dan di mana saya hari ini.”
“Mereka tak akan percaya apa yang saya capai di usia 19 dan ia akan beri mereka kepercayaan bahawa mereka juga mampu untuk lakukannya.”
Iheanacho membuka tirai jaringan para minit ke-39 permainan sebelum Ayoze Perez menggandakan kedudukan pada minit ke-64 permainan.
Kelechi Iheanacho has recently found the consistency that has eluded him all these years at the King Power Stadium, finally finding a way to coexist alongside Jamie Vardy in Leicester’s last four games.
@tunde_young:https://t.co/hwdHapWX66 pic.twitter.com/Mw4H1xN0Y1— Breaking The Lines (@BTLvid) March 15, 2021
Lima minit selepas itu, Iheanacho berjaya menjaringkan gol kedua dan pada minit ke-78 beliau melengkapkan hat-tricknya dengan menjaringkan gol yang cantik dari luar kotak penalti.
Gol sendiri Ethan Ampadu melengkapkan kemenangan bergaya Leicester City membelasah Sheffield United 5-0 di halaman mereka sendiri.
Ia bukanlah keputusan yang positif untuk Sheffield United yang telah memecat pengurus mereka Chris Wilder awal minggu lalu.
Kelechi Iheanacho nets hat-trick as Leicester tear apart Sheffield United https://t.co/VJx6roi7B8
— The Independent (@Independent) March 15, 2021
Paul Heckingbottom akan menguruskan pasukan Sheffield United sehingga akhir musim nanti dengan mereka kini berada di zon penyingkiran.