Brazil tidak menunjukkan sebarang belas kasihan untuk membelasah Bolivia 5-0 dalam perlawanan pertama negara itu pada 2020 di Sao Paulo pada pagi tadi.
Penyerang sensasi Liverpool, Roberto Firmino menjaringkan dua gol dalam perlawanan tersebut yang menampilkan dominasi dari Brazil, dan permulaan cemerlang di pusingan kelayakkan Piala Dunia 2022.
Skuad kendalian Tite boleh dianggap tidak berpeluh untuk mudah memadam cabaran Bolivia.
#Liverpool striker #Firmino scored a brace as #Brazil romped to a 5-0 victory over #Bolivia in their opening 2022 World Cup qualifier. #Coutinho and #Marquinhos also got on the scoresheet while #Neymar set up two goals.https://t.co/Xi8J63opFJ
— CGTN Sports (@CGTNSports) October 10, 2020
Selain dua gol dari Firmino, tiga lagi gol Brazil datangnya daripada Marquinhos, Philippe Coutinho dan gol sendiri Jose Carrasco.
Gol do Marquinhos. 🇧🇷⚽#Brazil open the scoring with a short corner routine straight off the training ground, with Danilo swinging in the cross for Marquinhos to head home.#SeleçãoBrasileira 1-0 #Bolivia#BRAxBOL #Eliminatorias pic.twitter.com/iodSursLFI
— Joga Bonito (@Jasoninho10) October 10, 2020
Skuad kendalian Tite tidak beraksi sejak kemenangan 3-0 ke atas Korea Selatan dalam satu perlawanan persahabatan pada November.
Penularan wabak global memaksa perlawanan kelayakan Piala Dunia ini yang sepatutnya diadakan pada Mac ditangguhkan.
🇧🇷 5-0 🇧🇴
Casemiro played the full 90 minutes and Rodrygo 35 minutes after coming on in the second-half in Brazil's dominant win over Bolivia in the 2022 FIFA World Cup qualifier. pic.twitter.com/4HpZfx6rqs
— RMOnly (@ReaIMadridOnly) October 10, 2020
Namun aksi sebentar tadi tidak memberi indikasi skuad Tite seperti baru dikumpulkan untuk perlawanan pertama mereka pada thun ini.
Brazil mendominasi perlawanan sejak dari sepak mula dan sepatutnya mampu menghasilkan tiga gol dalam tempoh tiga minit.
Gol do Roberto Firmino. 🇧🇷⚽
Renan Lodi combines with Neymar down the left side, then plays a low cross to Firmino for the simple finish. Easy as expected for #Brazil so far.#SeleçãoBrasileira 2-0 #Bolivia#BRAxBOL #Eliminatorias pic.twitter.com/iT6uTqa2LP
— Joga Bonito (@Jasoninho10) October 10, 2020
Namun demikian Everton dan Marquinhos masing-masing mensia-siakan peluang dimiliki dalam perlawanan yang diadakan di dalam keadaan hujan.
Marquinhos bagaimanapun tidak melakukan kesilapan untuk melakukan penyudah pada minit ke-16 perlawanan setelah berjaya menanduk deras hantaran lintang Danilo sekaligus menewaskan Carlos Lampe di hadapan gawang Bolivia.
Gol do Roberto Firmino. 🇧🇷⚽⚽#Brazil attack down the left side again, and Neymar plays a nice pass for Firmino, whose shot squirms past the goalkeeper for his second goal of the game.#SeleçãoBrasileira 3-0 #Bolivia#BRAxBOL #Eliminatorias pic.twitter.com/lAHO6Me4oX
— Joga Bonito (@Jasoninho10) October 10, 2020
Bolivia langsung gagal menghadirkan ancaman kepada Brazil dan sekali lagi hampir dibocori apabila percubaan Coutinho dari kawasan penalti terbias dan memaksa Lampe melakukan aksi menyelamat luar biasa.
Kelemahan Bolivia di benteng pertahanan sekali lagi terdedah apabila larian Renan Lodi yang diikuti dengan hantaran lintang cantik mudah ditolak masuk oleh Roberto Firmino dari jarak dekat.
Babak kedua menyaksikan Brazil meneruskan penguasaan dan Firmino sekali lagi mencetak jaringan empat minit selepas perlawanan disambung.
Kredit harus diberikan kepada Neymar untuk gol tersebut yang memudahkan Firmino untuk menghulur kaki memastikan bola masuk.
Gol do Coutinho. 🇧🇷⚽
Another assist by Neymar with a nice cross, Coutinho makes his usual late-arriving run and heads in #Brazil's fifth goal of the night.#SeleçãoBrasileira 5-0 #Bolivia#BRAxBOL #Eliminatorias pic.twitter.com/jA94Kl6IzS
— Joga Bonito (@Jasoninho10) October 10, 2020
Wewerton yang tampil sebagai penjaga gol kerana kecederaan Alisson akhirnya dikerah untuk menyelamatkan percubaan Bruno Miranda pada minit ke-50 perlawanan.
Kedudukan menjadi 4-0 selepas Carrasco terbias bola ke gawang sendiri, sebelum satu lagi gerak kerja dari Neymar disempurnakan Coutinho untuk melengkapkan kemenangan Brazil.