Beberapa kelab Liga Perdana Inggeris termasuk Liverpool menimbulkan kontroversi apabila membiarkan kakitangan bukan pemain mereka bercuti daripada bertugas, dan membiarkan gaji mereka ditanggung oleh kerajaan melalui duit cukai rakyat.
Tindakan kelab-kelab ini telah dikritik oleh ramai, termasuk oleh bekas pemain dan juga penyokong sendiri.
Pengacara talkSPORT, Georgie Bingham tidak terkecuali untuk menyentuh perkara tersebut dalam programnya.
Malah Bingham meluahkan kekecewaan dengan tidak berselindung melemparkan kritikan atas sikap hipokrit dan pentingkan diri pengurusan kelab-kelab ini tadi.
Bingham turut mencadangkan agar kelab-kelab yang berbuat demikian supaya tidak dibenarkan aktif di jendela perpindahan pemain pada masa depan jika meneruskan rancangan mereka.
Kerajaan United Kingdom mewujudkan satu skim di bawah dana khas untuk membayar 80% daripada gaji pekerja yang terjejas akibat krisis coronavirus.
A radical idea – but is it harsh or fair? https://t.co/5pRErO6GeC
— Stoke City Live (@StokeCityLive) April 5, 2020
Skim tersebut bertujuan untuk membantu perusahaan kecil di UK, namun beberapa kelab EPL turut mengambil kesempatan daripada kewujudan skim tersebut untuk mengelak daripada kerugian.
Ini termasuk juara eropah dan dunia Liverpool, sebelum pihak pengurusan kelab Merseyside itu menarik balik keputusan tersebut selepas dibidas pelbagai pihak.
Liverpool merupakan kelab ke-7 terkaya di dunia dengan laporan kewangan mengunjurkan keuntungan berjumlah ₤42 juta, setelah berbelanja sebanyak ₤235 juta untuk pemain baharu sepanjang tempoh satu musim yang lalu.
Selain Liverpool, Tottenham, Norwich, Bournemouth adalah antara kelab EPL yang terlebih dahulu memilih agar pekerja bukan pemain mereka dibiayai oleh skim tersebut, dan mendapat kritikan serupa.
Bercakap do Weekend Sports Breakfast, Bingham berkata: “Mari kita hadam kata-kata ini betul-betul.
Tottenham furlough 550 staff with pay cuts – as accounts show Daniel Levy got paid £3m stadium bonus. https://t.co/kziQa6ovNx
— talkSPORT (@talkSPORT) March 31, 2020
“Jika ada kelab pergi ke kerajaan untuk mendapatkan bantuan [yang sebenarnya] dari kita, iaitu golongan pembayar cukai, maka untuk satu tempoh yang panjang, haruslah tidak ada kelab dibenarkan aktif melakukan perpindahan pemain.
“Jika mereka [kelab] sangat papa kedana sehingga tidak mampu membayar satu juta pound gaji sebulan kepada kakitangan bergaji rendah, maka mereka tidak sepatutnya melakukan sebarang pembelian ketika jendela perpindahan pemain dibuka.
“Tidak ada aktividi di jendela perpindahan untuk anda [kelab]; saya minta maaf, jika anda bernar terdesak sehingga ke tahap itu, anda tidak perlukan satu.
“Tidak akan ada satu kelab bola sepak di negara ini patut mengharapkan bantuan skim tersebut, jika ia bermakna meraka mampu melakukan urusniaga [di pasaran pemain] selepas atau jika bola sepak disambung nanti.”
“If a club goes to the government for a handout that the taxpayers will have to pay…”
“They shouldn’t be able to do transfers. No transfer window for you!”
“Not a single club would do it if they couldn’t do business."@GeorgieBingham’s plan to stop clubs furloughing pic.twitter.com/RvCCVMA1Uo
— talkSPORT (@talkSPORT) April 5, 2020
Dalam erti kata lain, takkan kelab beli pemain harga juta-juta boleh, tepai bayar gaji kakitangan tak mampu.
Sesebuah kelab bola sepak boleh berbelanja sehingga £10 juta untuk seorang pemain pertahanan yang hanya sekadar memamaskan bangku pemain simpanan, tetapi tidak pula mampu membayar gaji kakitangan yang lain.
Sejak beberapa hari yang lalu pemain bola sepak turut sibuk mempertahankan diri dari kenyataan Setiausaha Kementerian Kesihatan UK, Matt Hancock, yang mendakwa pemain berdiam diri pada ketika krisis sebegini.
Namun tidak ada pihak yang tampil menyatakan tanggungjawab pemilik kelab yang mengaut kebanyakkan keuntungan.
Bingham turut menganggap apa yang berlaku pada ketika ini telah memalukan sukan bola sepak itu sendiri.
Jamie Carragher says Liverpool have 'lost all respect' after putting staff on furlough leave. https://t.co/9iTfGEjkRA pic.twitter.com/AmY7Cs3Qz0
— SPORTbible (@sportbible) April 5, 2020
“Bola sepak nampak teruk kerana semua ini. Ia seperti pemain dibuli dan dijadikan kambing hitam oleh pemilik yang kaya raya mengaut keuntungan dari industri.
“Mereka boleh pejam mata membayar gaji pemain [yang mahal], tetapi tidak berbuat apa-apa [untuk membantu krisis].”