Kelab Brazil Ini Yakin Kemenangan Dibantu Oleh Pelancaran Album Baharu Taylor Swift

Bola sepak semenangnya tidak lari dari kepercayaan karut. Bekas pengurus Chelsea, Maurizio Sarri misalnya akan menggaru bahagian sulitnya untuk nasib baik.

Di Brazil ini satu lagi kepercayaan karut yangs secara kebetulan atau tidak benar-benar telah terjadi.

Penyokong bola sepak Corinthians kini amat yakin kemenangan akan menjadi milik mereka jika ini yang berlaku. Tidak ramai yang menyedarinya sebelum ini.

Sehinggalah seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Timao Dados menyedari gergasi dari Sao Paulo itu tidak pernah tewas perlawanan terakhir sebelum penyanyi pop terkenal dunia Taylor Swift melancarkan album baharu, dan juga perlawanan lain selepas itu.

Ia ibarat satu hukum yang telah berlaku sejak 15 tahun yang lalu, pertama kali ketika Corinthians menewaskan Cruzeiro dan Palmeiras dengan jaringan 1-0.

Di antara dua perlawanan tersebut, Swift melancarkan album pertamanya.

Dan ada juga kemungkinan seteru rapat Corinthians, Sao Paulo sudah pun menyedari mereka akan mengalami masalah sebaik sahaja mengetahui Swift akan melancarkan album baharu untuk tahun 2020 pada Jumaat lalu.

Corinthians sememangnya berada di dalam prestasi buruk, naun mengejutkan Sao Paulo dengan jaringan 1-0.

Dan khabar angin bahawa album ketiga penyanyi itu akan dilancarkan pada tahun ini membuatkan penyokong Corinthians bersemangat luar biasa memuja gambar dan poster Swift dengan pelbagai gaya dan jersi pasukan,

Tidak hairanlah mengapa Taylor Swift menjadi trending di Twitter di Brazil – kerana kegilaan oleh penyokong Corinthians!

Di sebalik keterujaan dan statistik yang memihak kepada mereka setiap kali album Taylor Swift dilancarkan, Corinthians sebenarnya masih tidak mampu untuk bergoyang kaki.

Walaupun berjaya menewaskan Sao Paulo, mereka masih menduduki pertengahan liga, dan sangat hampir dengan zon penyingkiran berbanding dengan kedudukan teratas liga.

Hanya lapan mata membezakan mereka dengan empat pasukan yang mendudukit zon penyingkiran sekarang.

Sekiranya Corinthians terus bergumul di antara penyingkiran pada akhir musim nanti, sudah pasti penyokong mereka amat berharap album baharu oleh Taylor Swift dilancarkan sebelum perlawanan terakhir menentang Internacional pada 25 Februari hadapan.

Jika tidak, maka kisah cinta penyokong Corinthians dan Taylor Swift mungkin akan berakhir pada musim ini.

 

Sumber: BBC

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.