Kegagalan United Mendapatkan Sancho Beri Ruang Sempurna Untuk Liverpool

Kegagalan Manchester United menandatangani Jadon Sancho telah membuka ruang yang sempurna untuk Liverpool miliki pemain tersebut pada jendela perpindahan musim panas akan datang.

Setan merah begitu berminat untuk mendapatkan pemain sayap Borussia Dortmund dan telah berusaha untuk menandatanganinya sepanjang jendela perpindahan musim panas ini.

Akan tetapi pihak United tidak mampu untuk membayar nilai £108 juta yang diminta oleh Borussia Dortmund untuk Jadon Sancho.

Setan merah kerap dikaitkan dengan Sancho tetapi sepertinya mereka gagal untuk meyakinkan Dortmund untuk melepaskan Sancho dengan tawaran yang mereka berikan.

Menurut sumber laporan dari The Independent, kegagalan United untuk menandatangani Sancho menjadikan Liverpool calon terbaik untuk mendapatkan pemain kebangsaan England itu.

Laporan tersebut juga mendakwa bahawa kebanyakkan peneliti dan media di Jerman melihat Juara saingan Liga Perdana Inggeris musim lalu itu sebagai destinasi terbaik untuk pemain berusia 20 tahun itu.

Hal ini kerana menurut mereka Liverpool dilihat lebih berjimat dalam berbelanja pada jendela perpindahan musim panas ini.

The reds telah menandatangani Tsimikas, Thiago Alcantara dan Diego Jota pada jendela perpindahan musim panas ini dan dilaporkan bahawa yuran perpindahan mereka dibayar secara ansuran.

Ianya bermaksud penandatanganan mega akan dilakukan oleh Liverpool musim hadapan terutama dengan perlepasan beberapa pemain mereka pada musim ini.

Sementara itu Manchester United telah mengesahkan ketibaan bekas penyerang Paris Saint-Germain, Edinson Cavani dengan perpindahan percuma pada hari terakhir jendela perpindahan.

Penyerang antarabangsa Uruguay berusia 33 tahun itu meninggalkan PSG pada akhir Jun lalu, dan menandatangani kontrak selama setahun di Old Trafford.

Selain dari Cavani, Manchester United turut mengumumkan dua lagi pemain iaitu bek kiri Brazil yang beraksi bersama Porto, Alex Telles dan pemain sayap muda Atalanta, Amad Diallo.

Bagaimana pun Amad Diallo hanya akan menyertai skuad Ole Gunnar Solksjaer pada Januari selepas segala dokumentasi berkenaan permit kerja diselesaikan.

Telles pula diberikan kontrak selama empat tahun dengan pilihan sambungan setahun.

Pemain pertahanan berusia 27 tahun itu mempunyai satu caps antarabangsa bersama negaranya dan membuatkan Manchester United membayar £13.6 juta + £1.8 add-ons.

Untuk Amad Diallo pula, United telah bersetuju membayar £19 juta untuk pemain berusia 18 tahun itu, dan tambahan £18.2 juta di dalam bentuk add-ons.

Pengurus pasukan Ole Gunnar Solskjaer bertekad bahawa skuad kendalian beliau akan kembali bangkit selepas melalui kesukaran apabila dibelasah 6-1 oleh Tottenham.

“Kami telah banyak menyumbang atas kejatuhan kami sendiri.”

Jelas Ole kepada BBC Sport.

“Untuk menjelaskannya sekarang agak sukar. Kami baru sahaja dibelasah 6-1 di halaman sendiri oleh pasukan yang sungguh hebat.”

“Ianya merupakan hari yang paling teruk dalam karier saya sebagai pengurus dan ianya juga hari yang terburuk untuk mereka semua sebagai pemain Manchester United.”

“Tetapi ia bukanlah hari terburuk dalam sejarah kelab, kami pernah bangkit dari kejatuhan sebelum ini.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.