Kegagalan Juventus di pertandingan UEFA Champions League pada musim ini sudah pun menyebabkan pemecatan Maurizio Sarri. Dan ia mungkin tidak berakhir di situ sahaja.
Cristiano Ronaldo telah melalui musim yang hebat dari segi pencapaian individu. Tapi semua pihak tahu pemain dari Portugal ini obses dengan trofi kejuaraan.
Dan apabila Juventus tersingkir seawal pusingan kedua pertandingan, ia jelas itu bukan yang pemain itu harapkan apabila tiba di Turin.
Untuk rekod, ini adalah musim kedua berturut-turut Juventus gagal menyinar di pertandingan elit eropah ini.
Pada musim lalu, skuad The Old Lady ini disingkirkan oleh skuad muda Ajax di suku akhir. Dan sekali lagi pada musim ini, mereka dimalukan oleh Lyon.
Cristiano Ronaldo is considering his future at Juventus and is interested in PSG. Leonardo and Jorge Mendes could meet at the Champions League Final in Lisbon to discuss the issue. (Foot Mercato) pic.twitter.com/5GSfaAFchb
— Football Talk (@Football_TaIk) August 9, 2020
Setelah menjaringkan 31 gol dari 33 penampilan liga pada musim ini, Ronaldo sudah membuktikan dirinya masih pemain berkelas dunia.
Namun pada usia 35 tahun, Ronaldo sedar peluang untuk memenangi kejuaraan eropah akan menjadi semakin sukar selepas ini.
Maka tidak hairanlah perkhabaran Ronaldo mahu meninggalkan Juventus setelah disingkirkan oleh Lyon mulai tular di kalangan media.
Mbappe and Neymar are both coming to the end of their contracts in 2022 and have been linked to Real Madrid and Barcelona respectively.
PSG would prefer to extend the contracts of Mbappé and Neymar than chase Juventus star Ronaldo, according to ESPN. pic.twitter.com/dpFVNkCymb
— SMFutball (@SMFutball) August 9, 2020
Salah satunya adalah media bola sepak di Itali, Foot Mercato yang melaporkan bekas bintang Real Madrid ini serius mengkaji masa depannya di Turin, dan ejennya Jorge Mendes turut telah menghubungi Paris Saint-Germain.
Mendes dilaporkan akan bertemu dengan Pengarah Sukan PSG, Leonardo di Lisbon ketika perlawanan suku akhir Champions League pada minggu hadapan.
Secara logik, hanya beberapa kelab sahaja di eropah yang mampu mendapatkan khidmat Ronaldo.
PSG adalah salah satu daripadanya, dan juara Ligue 1 itu turut mempunyai skuad serba lengkap untuk meraih kejayaan di Eropah.
Juventus president Andrea Agnelli to @SkySport: “Cristiano Ronaldo to PSG? He’s going to stay with us. I’m sure that he’ll play for Juventus also on next season”. ⚪️⚫️ #Juve #CR7
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 7, 2020
Laporan tersebut bagaimanapun pantas disanggah oleh pengerusi Juventus, Andrea Agnelli.
“Saya amat yakin beliau akan kekal,” kata Agnelli kepada ESPN.
“Laporan ity mungkin bersandarkan temubual yang dilakukan berbulan lalu, tetapi hanya mulai ditulis sebelum kami berhadapan dengan kelab Perancis [Lyon] tersebut.”
Juventus mungkin masih mahukan khidmat Ronaldo. Tetapi adakah Ronaldo masih mahu kekal di Itali?