Aksi Malaysia dan Indonesia dicemari dengan insiden penyokong membaling suar pada separuh masa pertama dan juga pada tamat perlawanan.
Suar merupakan barang yang dilarang dibawa masuk ke dalam stadium. Namun ianya seperti biasa, tetap berjaya diseludup masuk ke dalam stadium.
Malaysia melayan kunjungan Indonesia dalam aksi ke-5 Kelayakan Piala Asia /Dunia untuk kumpulan G. Ianya adalah pertemuan panas derbi serumpun di antara kedua dua pasukan.
Perlawanan pusingan pertama melibatkan Malaysia dan Indonesia menyaksikan Harimau Malaya membawa pulang 3 mata berharga dari Stadion Gelora Bung Karno, Jakarta Indonesia.
Ini selepas Malaysia menang 3-2 ketika itu ke atas Indonesia dalam aksi dramatik.
Dan ketika itu berlaku kekecohan penyokong sehinggakan perlawanan terpaksa dihentikan seketika.
Tamat perlawanan para pemain dan penyokong Malaysia terpaksa dievakuasi dan pemain dibawa keluar dengan Barracuda.
Dalam aksi sebentara tadi, Indonesia mencari mata sulung dalam kelayakan kali ini. Mereka kehilangan jurulatih utama mereka sebelum tugasan antarabangsa kali ini dan menggantikannya dengan Yeyen Tumena.
Pada separuh masa pertama, Safawi Rasid meletakkan Safawi di hadapan menerusi sepakan percuma yang cantik menewaskan penjaga gol lawan.
Ianya selepas Safawi yang dijatuhkan di luar kotak penalti.
Malaysia in the lead vs Indonesia after amazing free kick by Safawi ! Yay pic.twitter.com/5lvVz1v33j
— Melissa Goh (@MelGohCNA) November 19, 2019
Akibat bengang pasukan ketinggalan, ada penyokong pelawat, penyokong Indonesoa yang telah membaling suar kepada penyokong Harimau Malaya.
Pegawai keselamatan bertindak pantas untuk mengelakkan insiden yang lebih teruk dan tak diingini berlaku.
Para penyokong membaling suar itu sebaik sahaja gol pendahulu Safawi Rasid. Mereka jelas sekali tidak menghormati prosedur keselamatan di dalam stadium.
Penyokong Indonesia membaling beberapa suar ke arah penyokong Malaysia sebaik saja Malaysia menjaringkan gol pertama pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.#BHSukan #PialaDunia2022 / #PialaAsia2023 pic.twitter.com/nMId7Tjn1W
— Berita Harian (@bharianmy) November 19, 2019
Keadaan menjadi agak panas dengan beberapa penyokong mulai bangun dan marah dengan apa yang berlaku.
Pada separuh masa kedua, Malaysia menambah lagi gol juga menerusi Safawi Rasid. Malaysia menang 2-0 untuk memberikan Garuda kekalahan kelima daripada 5 perlawanan.
Farizal Marlias turut menyelamatkan satu penalti kontroversi yang diberikan kepada Indonesia selepas pemain mereka ofsaid.
Malaysia terus menghidupkan kempen kelayakan pada kali ini. Malaysia ternyata pasukan lebih baik dan selayaknya menang.
Namun begitu, berlaku satu lagi kekacauan oleh penyokong Indonesia selepas tamat perlawanan. Ini apabila ada penyokong mereka yang membaling suar ke arah penyokong pasukan Malaysia, sekali lagi.
Dan keadaan juga dilaporkan kecoh di pintu keluar melibatkan penyokong pelawat.
Berita Harian melaporkan: “Anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) membuat kawalan susulan sedikit kekecohan yang berlaku membabitkan penyokong Indonesia di luar Pintu D Stadium Nasional, Bukit Jalil susulan kekalahan 2-0 pasukan mereka kepada Malaysia.”
Kami berharap tiada insiden yang tidak diingini berlaku dan keadaan terkawal. Diharap kesemua penyokong balik ke rumah ataupun penginapan mereka malam ini dengan aman.
Perlawanan di antara Malaysia dan Indonesia sentiasa panas. Namun ini bukan alasan untuk melakukan keganasan yang boleh menyebabkan risiko kecederaan.