Keane Menyampah Lihat Arsenal: “Lagak Macam Real Madrid, Tapi Main Macam Pasukan Kelab Malam”

Roy Keane telah membidas Arsenal kerana bermain seperti ‘pasukan pub’ ataupun kelab malam dalam perlawanan Piala FA mereka menentang Nottingham Forest.

Sambil menegaskan bahawa Nuno Tavares tidak boleh merungut kerana dikeluarkan oleh Mikel Arteta. Ini kerana dia banyak sekali hilang bola.

Arsenal bekerja keras pada separuh masa pertama yang membosankan di City Ground dengan Tavares mengharungi perlawanan yang penuh kesilapan dan kecelaruan.

Pada minit ke-35, Arteta sudah tak sanggup melihat aksi aksi bodoh Tavares, dan menggantikan pemain Portugis itu dengan Kieran Tierney.

Tavares meninggalkan padang dengan perlahan sebelum menanggalkan sarung tangan dan melemparkannya ke atas padang tanda tak berpuas hati.

Keane ternyata tidak faham, kenapa pemain itu tak puas hati? Dia seharusnya sedar bahawa dia adalah lubang yang ditebuk oleh pasukan lawan sepanjang aksi malam tadi.

Menurut Keane, dia seharusnya sudah menjangkakan bahawa dia akan dikeluarkan awal kerana aksi aksi yang rapuh dan cuai.

Keane berkata dalam siaran ITV: “Mengapa pula dia kecewa [ketika pengurus mengeluarkannya]? Dia mesti tahu sebab dia dikeluarkan kerana dia adalah lubuk.”

“Dia beraksi betul-betul di hadapan kerusi pemain simpanan dan di depan mata pengurus, dia cuai dalam semua yang dia lakukan hari ini. Maka layaklah dia dikeluarkan.”

“Baiklah, pemain boleh melakukan kesilapan tetapi kerapuhannya dalam perlawanan adalah disebabkan sikapnya dalam perlawanan ini dan cara dia memulakan permainan. Anda tidak boleh memulakan permainan seperti itu. Anda akan diseret keluar.”

Arsenal telah memenangi lima daripada enam perlawanan terakhir mereka menuju ke pusingan ketiga mereka pada hari Ahad dengan satu-satunya kekalahan pada minit akhir kepada Manchester City.

Itupun mereka beraksi sangat baik ketika kekalahan tersebut. Malang sekali hari ini mereka di mata Keane hanyalah berlagak seperti Real Madrid ketika masuk padang dengan jersi all white.

Jersi yang dipakai sempena kempen No More Red. Yang menentang jenayah tikam dengan pisau di kalangan remaja di London yang semakin berleluasa.

Ketika ulasan separuh masa, Keane terus menembak Arsenal sebagai pasukan kelab malam. Meruju kepada aksi aksi pemain pemain Arsenal yang seperti mabuk.

“Aksi ni dah jadi sampah, anda perlu kritis terhadap kedua-dua pasukan. Forest adalah pasukan tuan rumah, anda fikir: ‘Ayuh, naik ke hadapan, tambahkan pemain dalam kotak penalti.’

“Arsenal ni lagak mereka seperti Real Madrid, tetapi mereka bermain seperti pasukan pub.”

“Ia sangat teruk, kekuatan hantaran mereka teruk, mereka juga teruk dalam membuat keputusan, dan hantar bola pun kat belakang orang. Menyampah betullah saya macam ni.”

Arsenal terpaksa melepaskan satu lagi piala musim ini. Ini mungkin juga satu taktikal sengaja daripada Arteta untuk fokus kepada slot 4 teratas musim ini.

Arsenal merupakan juara 14 kali Piala FA. Paling banyak dalam sejarah kejohanan.

Arteta sangat sedih melihat kekalahan Arsenal dan meminta maaf kepada peminat Arsenal di seluruh dunia.

Arteta berkata: “Sangat kecewa terkeluar awal daripada pertandingan yang sangat dekat dengan sejarah kelab kami. Mereka menang dan menjaringkan gol. Kami pula gagal. Jadi, kami harus meminta maaf kepada penyokong di atas apa yang berlaku hari ini.”

Arteta menyatakan dia sedar aksi seperti ini akan sukar. Namun dia agak terkilan kerana para pemainnya gagal melakukan lebih baik di atas padang sehingga mereka terpaksa menanggung malu.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.