Keane: Kalau De Gea Lalu Depan Aku, Meninggal Dia Aku Kerjakan Orang Poyo Macam Ni

Roy Keane sangat bengan dengan De Gea dan mengancam akan membunuh penjaga gol tersebut, jika dia menjadi pengurus Man United.

Roy Keane juga meminta Ole Gunnar Solskjaer untuk menggugurkan nama De Gea daripada pasukan kerana penjaga gol tersebut seorang yang berlagak, poyo dan tak sedar diri. Itu yang dikatakan Roy Keane.

Keane bengang De Gea melakukan kesilapan tidak masuk akal dalam aksi berhadapan dengan Everton. Membuatkan pasukannya hilang 3 mata.

Keane diberikan peluang untuk menganalisis gol pertama Everton di Sky Sports, dan beliau marah dengan De Gea yang melakukan hantaran lemah dan terkena kepada Calvert Lewin pada minit keempat.

Keane berkata: “Tak kisahlah, kalau saya jadi manager ataupun rakan sepasukannya. Saya akan bantai De Gea sampai meninggal, kalau dia lalu depan saya. Dia keeper kebangsaan kot.”

“Apa yang si De Gea  ni tunggu sebenarnya? Ini gilo boh. Nampak ada sediki kepoyoan pada dia di situ. Kalau saya ada di situ, saya akan lanyak dia sampai meninggal pada separuh masa pertama. Tiada maaf.”

De Gea kini telah melakukan banyak sekali kesilapan penjaga gol terutama sekali selepas menerima gaji termahal di dunia untuk penjaga gol.

Sejak musim lalu, De Gea melakukan 7 kesilapan yang membolehkan lawan menciduknya. Ini angka yang sama dengan Dubravka dan Bernd Leno.

Cuma bezanya, De Gea sentiasa world class di mata penyokong United walaupun apa berlaku.

Selepas bengang dengan De Gea, Keane kemudian semakin marah kerana aksi Jordan Pickford.

Kedudukan Pickford membenarkan Bruno Fernandes memanipulasinya dengan rembatan dari jauh untuk gol penyamaan.

Cuma bezanya, Roy Keane tidak mengancam untuk mencabut nyawa Pickford.

Keane mempersoalkan kredibiliti penjaga gol nombor satu England itu.

“Saya tak nak dengar alasan, bola bergerak. Memang bola akan bergerak sebab ada orang rembat dia.”

“Pokok pangkalnya sekarang ini, saya tak nak tengok stats serupa ini. Saya tahu dia keeper yang bagus. Cuma sekarang dia tak berada di standard itu.”

Walaubagaimanapun, hati Roy sejuk apabila kedua dua penjaga gol berjaya menebus kesilapan mereka dengan melakukan save pada separuh masa kedua terutama sekali Pickford yang melakukan double saves menafikan percubaan Bruno Fernandes dan Odion Ighalo.

De Gea pula menafikan percubaan jarak dekat Gylfi Sigurdsson.

Berlaku juga kontroversi VAR pada akhir separuh masa kedua. Namun gol Everton itu dibatalkan.

Teknologi VAR sekali lagi menjadi hakim yang sangat adil untuk perkara perkara yang boleh menganiaya pasukan yang menjadi mangsa kepada kesilapan.

Ternyata VAR satu teknologi penting di dalam bola sepak. Oleh sebab itu, seharusnya peminat bola sepak lebih terbuka dan belajar untuk menerima keputusan VAR dengan profesional.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.