Kata-kata Bamford Kepada Pengadil Perlawanan Telah Membuka Minda Banyak Pihak

Patrick Bamford mengakui bahawa beliau sangat bengang dengan pengadil perlawanan, selepas dirinya dikasari di dalam kotak, namun tidak dihadiahkan sepakan penalti.

Bamford telah dikasari oleh Alex McCarthy di dalam kotak penalti, namun beliau sama sekali tidak merebahkan badannya, dan kerana itulah pengadil perlawanan memutuskan untuk tidak memberikan beliau sepakan penalti.

Patrick Bamford berjaya mencatat nama sebagai penjaring gol untuk membantu Leeds United menewaskan Southampton 2-0 dalam aksi perlawanan yang dilangsungkan di St. Mary’s Stadium itu.

Ketika awal permainan, penjaga gol Southampton, McCarthy dengan jelas telah menangkap kaki Bamford yang ketika itu sedang berpeluang untuk menjaringkan gol.

Bamford jelas terganggu selepas kakinya di peluk, namun beliau memilih untuk tidak merebahkan badan dan berusaha untuk mendapatkan semula bola.

Sayangnya, pengadil perlawanan dan VAR sendiri sama sekali tidak menghukum McCarthy atas kesalahan beliau mengasari Bamford dan hak penalti Leeds turut dinafikan.

Bamford dalam satu rakaman yang tular di media sosial, beliau dilihat berulang-ulang menyatakan kepada pengadil perlawanan, ‘jadi saya perlu dive?’.

Pemain berjersi nombor sembilan Leeds United itu kemudiannya telah ditanya tentang insiden tersebut, dan beliau menjawab:

“Saya memang sangat marah dengan pengadil perlawanan.”

“Semua orang kata pemain bola sepak era modern ini terlalu mudah untuk jatuh. Tapi ketika kamu kuatkan diri untuk tak jatuh, kamu akan dihukum dan tak akan dapat penalti, kerana jika dia (McCarthy) tidak menyentuh saya, saya tak akan tersandung seperti itu dan saya boleh menyumbat bola ke dalam jaring gawang gol kosong itu. Dan jika saya jatuh saya boleh dapat penalti.”

“Jadi saya tak sepatutnya dihukum hanya kerana saya mengelak untuk jatuh. Saya rasa itu merupakan satu hal yang mereka perlu tengok semula.”

“Jika kamu tak mahu pemain dive, dan kamu mahu hal itu tak berlaku lagi dalam bola sepak, jadi berhenti mendorong mereka untuk melakukan hal tersebut dengan membuat keputusan seperti ini.”

Ketika ditanya oleh BBC tentang adakah VAR perlu masuk campur untuk insiden yang berlaku di atas padang dan pengadil terlepas untuk melihatnya, Bamford menjawab:

“Jadi, pengadil cakap dia tak sentuh saya dan saya cakap, ‘ya, dia sentuh, sila semak semula.”

“Dia jawab, ‘ia sudah dirujuk, memang tak ada apa-apa’. Jadi bagi saya ia adalah penalti.”

Keluhan dari bintang berusia 27 tahun itu sebenarnya masuk akal. Penyokong, media, penyampai dan pelbagai lagi pihak sememangnya menganggap pemain bola sepak modern terlalu mudah untuk jatuh.

Walau bagaimanapun, tindakan dan keputusan yang sering dibuat oleh pengadil perlawanan menyebabkan mereka terpaksa melakukan helah kotor tersebut untuk mendapatkan hak mereka.

Jarang untuk melihat pemain yang tidak jatuh walau dikasari akan tetap dihadiahkan dengan sepakan penalti, bahkan seandainya mereka tetap menuntut, maka layangan kad kuning akan diberikan.

Soalan Bamford kepada pengadil perlawanan, ‘adakah saya perlu dive’ sebenarnya sangat tepat dan membawa pelbagai maksud.

Walau bagaimanapun, Bamford tetap berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan ini dengan gol tersebut merupakan jaringan ke-16 beliau sepanjang musim ini.

Kemenangan tersebut membantu Leeds untuk berada di kedudukan kelapan dalam carta liga musim ini, sementara Southampton berada di kedudukan ke-14.

Adakah kenyataan Bamford boleh diterima pakai? Sejujurnya pemain penyerang Leeds itu memang sering mengeluarkan kenyataan yang bijak dan kata-katanya itu masuk akal.

Bagaimana pendapat yang lain? Bincangkan di ruangan komen.

Apa pendapat anda (versi Tiktok famous).

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.