Kata-Kata Dari Koeman Ini Buat Kemarahan Messi Meletus Lantas Nekad Berambus

Buat pertama kali penyokong Barcelona perlu risaukan Lionel Messi akan meninggalkan kelab itu.

Dan tugasan pertama pengurus baharu Ronald Koeman iaitu mengadakan pertemuan dengan Lionel Messi menyebabkan jurulatih dari Belanda itu mendapat kritikan penyokong.

Koeman mungkin ingin menggariskan panduan khusus kepada Messi selaku kapten. Apa pun yang dibicarakan oleh Koeman kepada Messi, jelas ia telah menjengkelkan pemain itu.

Menurut Deportes Cuatro ia adalah pertemuan yang tegang, dan Messi sendiri sukar mempercayai pendirian bekas pengurus Souhampton dan Everton itu.

Ada satu ayat yang keluar dari mulut Koeman membuatkan Messi benar-benar marah dan tersingung.

“Tiada lagi keistimewaan [untuk kamu] di dalam skuad ini. Anda harus melakukan [sanggup berkorban] segalanya untuk pasukan ini,” kata Koeman menurut laporan tersebut.

“Mulai sekarang saya tidak akan fleksible; dan anda pula harus memikirkan kepentingan pasukan sahaja.”

Bagi Messi ia adalah kenyataan bernada autoriti yang tidak diterima baik oleh pemain itu. Apatah lagi hubungan beliau dengan jurulatih sebelumnya tidak berjalan seperti itu.

Satu lagi perkara ialah sukar untuk membayangkan bagaimana Messi akan kekal, apatah lagi untuk menyambung kontrak untuk terus kekal di Nou Camp setelah kebanyakkan pemain yang dianggap rakan baik ditunjukkan jalan keluar oleh Koeman.

Luis Suarez adalah salah seorang daripadanya, dengan hubungan Messi dengan penyerang dari Uruguay itu sangat baik sejak beberapa tahun yang lalu.

Messi juga dilaporkan tidak senang dengan mesej yang disampaikan oleh Koeman kepada Arturo Vidal.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.