Karl- Johan Johnsson mempunyai detik yang sungguh cemerlang ketika beraksi dalam perlawanan Europa League menentang Manchester United kemarin.
Penjaga gawang FC Copenhagen itu mencipta rekod tersendiri dalam perlawanan menentang pasukan dari Premier League itu.
Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer dilihat sangat sukar untuk menembusi gawang gol Copenhagen dalam perlawanan suku akhir di Koln kemarin.
Copenhagen goalkeeper Karl-Johan Johnsson is having himself a game 🧤 pic.twitter.com/djyugdL3zP
— B/R Football (@brfootball) August 10, 2020
Di awal permainan pasukan tuan rumah dilihat menguasai perlawanan. Manchester United terus membina rentak dan akhirnya berjaya untuk mendominasi perlawanan itu.
Walau dalam rentak dan persembahan terbaik, Manchester United tetap sukar untuk merobek gawang gol Copenhagen dalam perlawanan itu.
Ianya kerana ketangkasan dan kehandalan yang dipamerkan oleh penjaga gol Copenhagen, Johnsson. Beliau beraksi dengan sungguh cemerlang dan menjaga gawangnya dengan sempurna.
Penjaga gol berusia 30 tahun itu melalui detik perlawanan terbaik dalam kariernya dengan melakukan 13 penyelamatan dalam perlawanan ini dan hanya dibolosi sekali hasil sepakan penalti dari Bruno Fernandes.
Jentera serangan United buntu dan mati kutu untuk menewaskan beliau yang kelihatan seperti spider man, sungguh lincah dan tangkas menjaga gawang golnya.
Karl-Johan Johnsson vs Man United
13 TOTAL SAVES [Including 7 from Inside the Box]🤯
Kept his team in the game until the last secondHe has faced a total of 42 shots on Target in the Europa League this season and he has saved 37 of those shots!
Save percentage: 88% pic.twitter.com/XgxfDGZEAM— Nouman (@nomifooty) August 10, 2020
Walaupun pasukan beliau tewas namun Johnsson mendapat pujian yang tinggi melambung dari kalangan peminat di sosial media.
Para peminat seluruh dunia begitu teruja dan kagum dengan melihat aksi cemerlang dari Johnsson dalam perlawanan tersebut.
Selain aksi cemerlang dari Johnsson, United turut dikecewakan dengan nasib yang tidak menyebelahi mereka dengan dua jaringan setan merah dibatalkan kerana Offside.
Mereka juga terlepas peluang mendapatkan sepakan penalti atas alasan yang sama.
Aksi mantap yang dipamerkan oleh Johnsson berjaya membawa United untuk beraksi sehingga ke masa tambahan.
This guy 🔥
Karl-Johan Johnsson take a bow for this performance!#Club2020 pic.twitter.com/VYzad6Roe5
— Football on BT Sport #Club2020 (@btsportfootball) August 10, 2020
Beliau beberapa kali membuat aksi penyelamatan yang sungguh luar biasa hebat termasuk ketika menyelamatkan cubaan dari Anthony Martial pada minit kelima masa tambahan.
Walau bagaimanapun akhirnya wira terulung setan merah musim ini, sepakan penalti muncul juga diakhir masa tambahan dan berjaya disempurnakan oleh Bruno Fernandes.
Fernandes cemerlang sempurnakan yang ke-21 setan merah untuk musim ini.
🏆 Manchester United, Kopenhag'ı 120 dakika sonunda 1-0 yenerek Avrupa Ligi'nde yarı finale yükseldi.
🔥 Galibiyet golünü penaltıdan kaydeden Bruno Fernandes, resmi maçlarda kullandığı son 21 penaltı atışını da gole çevirdi! #UEL pic.twitter.com/oojP7Kn6Pt
— misli.com 🇹🇷 (@mislicom) August 10, 2020
Manchester United selepas ini dijadualkan akan bertemu Wolves atau pakar dalam Europa League, Sevilla di peringkat separuh akhir Isnin nanti.