Karius Kembali Ke Liverpool Jadi Pesaing Alisson

Loris Karius secara rasminya menamatkan kontrak beliau dengan Besiktas di Turki untuk kembali semula ke Liverpool. Beliau melakukan perkara itu selepas gajinya tidak dibayar.

Karius memuat naik status mengucapkan selamat tinggal dan meminta maaf kepada penyokong dan rakan sepasukannya di Besiktas kerana meninggalkan mereka dengan cara sebegitu.

Masalah tunggakan gaji Karius sudah berlaku sejak tahun lalu lagi.

Karius menulis: “Agak memalukan apabila ia terpaksa berakhir seperti ini. Namun anda semua harus tahu bahawa saya telah cuba segalanya untuk menyelesaikan masalah ini. Saya sangat sabar dalam masa beberapa bulan ini.”

“Saya memberitahu lembaga pengarah kelab beberapa kali. Tahun lalu pun saya buat benda yang sama.”

“Malang sekali mereka langsung tak berusaha menyelesaikan masalah ini. Malah mereka tidak mahu mendengar cadangan saya untuk meminta bayaran gaji dengan rela menerima pemotongan gaji.”

“Penting bagi saya bahawa memberitahu agar anda tahu bahawa saya sangat seronok bermain di kelab ini. Besiktas boleh berbangga kerana penyokong yang bersemangat di belakang mereka danselalu memberikan sokongan yang luar biasa.”

“Anda selalu menyokong saya dalam masa yang baik dan buruk dan saya akan selalu ingat anda semua dengan cara yang terbaik yang saya mampu!”

“Juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan sepasukan saya, staf pelatih termasuk semua orang yang bekerja untuk kelab. Anda menyambut saya dengan tangan terbuka sejak hari pertama.”

Catatan itu disertakan dengan video yang menunjukkan kedatangan Karius ke Turki kepada sekumpulan penyokong di lapangan terbang, bersama dengan sorotan beliau bermain untuk Besiktas.

Anggota ahli pengarah Besiktas, Erdal Torunogullari sebelumnya telah mengesahkan hasrat Karius untuk pergi dalam sebuah posting Instagram di mana dia menggambarkan pembayaran yang diminta sebagai “tidak selayaknya”.

Penjaga gol dari Jerman itu telah membuat 25 penampilan untuk Besiktas musim ini. Namun aksinya tidak konsisten.

Karius berada di bawah kontrak dengan Liverpool hingga 2022, tetapi beliau jelas sekali masih jauh dari gambaran pasukan pertama.

Sejak berpindah ke Besiktas dengan perjanjian pinjaman dua tahun pada musim panas 2018, Liverpool telah membelanjakan GBP67 juta untuk menandatangani penjaga gol Brazil, Alisson dari Roma.

Alisson merupakan penjaga gol pilihan utama mereka, dengan Adrian dan Caoimhin Kelleher kini berfungsi sebagai pemain di belakang beliau.

Sebelum musim ditangguhkan, Besiktas berada di kedudukan kelima padaSuper Lig dengan 44 mata dari 26 perlawanan, sembilan di belakang pendahulu Trabzonspor.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.