Kapten Manchester United, Ashley Young Angkat Kaki

Kapten Marvel pasukan Manchester United iaitu Ashley Young dilaporkan sudah mencapai persetujuan untuk menyertai Inter Milan.

Ini apabila Manchester United akhirnya menerima tawaran £1.3 juta juta daripada Inter Milan. United terpaksa melepaskan kapten mereka itu yang berada di 6 bulan terakhir kontrak beliau.

Antonio Conte sangat berkenan dengan Ashley Young yang dianggap pelengkap kepada sistem permainan beliau.

Young adalah pemain yang dirasakan sesuai dengan taktikal Antonio Conte di Inter Milan, yang kini sedang bersaing hebat dengan Juventus bagi merebut kejuaraan Liga Serie A Itali.

Antonio Conte menjadikan Ashley Young sebagai sasaran utama dalam jendela perpindahan pada kali ini. Kerana Young dilihat pilihan yang tepat dengan harga yang sangat rendah.

Namun Inter enggan menunggu sehingga tamat musim ini untuk mendapatkan Young. Ianya setelah Conte menyatakan beliau mahukan Young pada kadar segera.

Itu yang membuatkan perpindahan Young perlu melibatkan bayaran perpindahan. Young sebelum ini sudah menyatakan hasrat beliau kepada Ole Gunnar Solskjaer bahawa beliau mahu menyertai Antonio Conte.

Ashley Young akan diberikan pelepasan khas untuk pergi ke Milan pada hari ini untuk memuktamadkan perpindahan.

Jika tiada aral melintang beliau akan menyarung jersi Nerazzurri sebaik sahaja lulus dalam ujian perubatan di Inter itu.

Ashley Young menyertai Manchester United pada 2011 dari Aston Villa. Ketika itu beliau menjadi rebutan banyak kelab.

Namun Young tertarik untuk ke Manchester United kerana mahu bermain di bawah kendalian Sir Alex Ferguson, yang ketika itu menjadi pengurus Setan Merah.

Ashley Young bermain dalam 261 penampilan untuk Manchester United. Beliau menjaringkan 19 gol dan mencipta 43 assist untuk pasukan tersebut.

Selain itu Young sudah memenangi 4 trofi bersama dengan Manchester United dan juga 2 talam komuniti.

Ashley Young diberikan kepercayaan oleh Ole Gunnar Solskjaer untuk menjadi kapten sepenuh masa di Manchester United selepas Antonio Valencia pergi meninggalkan pasukan tersebut.

Ashley Young pemain yang memiliki corak permainan berpasukan yang sangat bagus. Beliau bukan pemain yang tamak.

Ashley Young juga boleh bermain di banyak posisi di atas padang. Beliau merupakan pemain yang sentiasa bersemangat waja.

Selain daripada boleh mencipta peluang gol, Ahsley Young juga mampu menjaringkan gol dan melakukan tugasan setpiece ketika di atas padang.

Versatiliti yang ada pada Ashley Young ini membuatkan Antonio Conte sangat perlukan pemain seperti beliau di dalam pasukan.

Ashley Young menjadi pemain keempat United musim ini pergi ke Serie A selepas Romelu Lukaku, Alexis Sanchez, dan Chris Smalling.

Namun 2 perjanjian iaitu, Smalling dan Sanchez adalah pinjaman ke Inter dan Roma.

Ashley Young yan kini berusia 34 tahun, akan bergabung kembali dengan Romelu Lukaku dan juga Alexis Sanchez di Inter Milan.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.