Jose Mourinho memuji prestasi para pemain beliau. Dan menganggap Liverpool hanyalah bernasib baik dalam kemenangan mereka semalam di Stadium Tottenham.
Bukan itu sahaja, malah Jose Mourinho menganggap VAR telah membantu kemenangan pasukan Liverpool.
Gol pertama Liverpool disemak semula sama ada Jordan Henderson handball ketika gol itu. Namun menurut Mourinho VAR harus menyemak semula sama ada lontaran ke dalam itu milik Liverpool ataupun mereka.
Ini kerana Serge Aurier dilihat melakukan satu sepakan, di mana bola terbias pada Sadio Mane sebelum ianya keluar.
“Saya tak mahu nak tengok ulangan semula gol itu. Sebab tadi saya dah 200% melihat lontaran ke dalam itu milik kami. Saya keliru dengan VAR sekarang ini.”
“Inilah bola sepak. Kadangkala kamu mendapat lebih daripada apa yang kamu berhak”, sindir Mourinho kepada Liverpool yang menurutnya tidak berhak menang.
#THFC miss another HUGE chance – Jose Mourinho's reaction says it all! 🤯
How did Lo Celso miss!? 😲 pic.twitter.com/G47LmIUiEn
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) January 11, 2020
“Ini adalah detik di mana kami tak dapat apa-apa sedangkan kami berhak mendapat sesuatu. Para pemain saya sangat luar biasa dan kami cuba memberikan perubahan serta masalah kepada pasukan lawan.”
“Selain daripada keputusan yang tak memihak, rasanya banyak perkara positif daripada kami hari ini.”
“Namun bola sepak kadangkala kejam. Para pemain saya sudah memberikan segalanya berhadapan dengan Liverpool, yang merupakan pasukan yang hebat. Dan hari ini mereka boleh menganggap mereka hanyalah pasukan bernasib baik.”
2 – José Mourinho has won just two of his 10 games against Jürgen Klopp in his managerial career (20%) – among the 114 managers he’s faced more than twice, only against Ronald Koeman (17%, 1 win in 6) does he have a worse win ratio. Foe. pic.twitter.com/VmwtYbf0Zd
— OptaJoe (@OptaJoe) January 11, 2020
“Kami mencipta banyak peluang gol dan kami mengawal perlawanan ini sepenuhnya. Apabila Liverpool melakukan serangan balas, mereka akan membuhuh lawan mereka. Namun malam ini kami tak membiarkan perkara itu berlaku, kami benar-benar kental.”
“Pada masa yang sama, kami gembira dengan prestasi pemain yang lama sudah tak bermain iaitu Erik Lamela. Beliau sudah tak bermain dalam 3 atau 4 bulan.”
“Kami sudah memberikan segalanya, usaha yang luar biasa serta aksi individu yang mantap. Untuk beberapa pemain, mereka telah menunjukkan prestasi individu terbaik yang pernah saya lihat, sejak saya tiba di sini.”
“Ianya benar-benar aksi terbaik. Kami melakukan apa yang kami mampu, dan saya rasa kita berhak mendapat lebih daripada kekecewaan ini. Tetapi, saya bangga dengan pemain – pemain saya.”
“Saya cuma kecewa kami melepaskan gol daripada situasi lontaran ke dalam. Kami berlatih setengah jam sebelum ini untuk bertahan berhadapan lontaran ke dalam.”
Seterusnya Mourinho juga menegaskan, Liverpool memang bernasib baik. Beliau menuduh pegawai VAR sedang minum teh sehingga terlepas insiden Andy Robertson yang patut kad merah menurutnya.
Jika itu berlaku Liverpool pasti akan merana bermain dengan 10 pemain.
🗣 "They were lucky. They could perfectly finish the game with ten, because the VAR at that time, they were having a tea and they didn't watch Robertson for a red card."
Jose Mourinho says Andy Robertson was fortunate to escape a red card today. #THFC pic.twitter.com/FEg9koe7kH
— Talking THFC (@TalkingTHFC) January 11, 2020
Bagi Mourinho, mereka tetap menjadi pasukan yang sangat mengancam di hadapan gol meskipun tanpa penyerang utama di barisan hadapan.
Jose Mourinhon turut menuji pemain muda yang cemerlang semalam iaitu Japhet Tanganga yang banyak mematikan pergerakan Sadio Mane.