Kai Havertz Jadi Bahan Ketawa Selepas Buat Hantaran Merapu Kepada Penjaga Garisan

Musim baharu saingan Liga Inggeris sememangnya sering dinanti-nantikan oleh peminat bola sepak dari seluruh dunia.

Dan siapa boleh menyalahkan penyokong Chelsea yang memiliki keterujaan lebih daripada yang lain selepas memborong bakat-bakat terbaik dunia pada jendela perpindahan musim panas ini.

Sehingga kini Frank Lampard dan The Blues telah membelanjakan £200 juta untuk lima pemain.

Hakim Ziyech, Thiago Silva dan Ben Chilwell semuanya didatangkan ke Stamford Bridge pada musim panas ini, walaupun kecederan dan faktor lain yang tidak dapat dielakkan menyebabkan ketiga-tiganya tidak beraksi.

Timo Werner yang memilih ke Stamford Bridge selepas spekulasi sepanjang lebih setahun dikhabarkan berminat untuk ke Anfield berada di dalam kesebelasan utama dalam perlawanan ini selepas musim yang cemerlang bersama RB Leipzig.

Namun pemain termahal yang dibeli oleh Chelsea pada musim ini ialah Kai Havertz yang dibawa masuk dari Bayer Leverkusen.

Havertz menandatangani kontrak menyertai Chelsea sebagai salah seorang pemain muda dengan prospek mengujakan di bola sepak eropah, menjaringkan 36 gol Bundesliga dan memiliki 7 caps antarabangsa.

Namun prestasinya dalam perlawanan ini membuatkan ramau tertanya sama ada Havertz benar-benar mampu untuk mencapai potensi seperti yang dicanang sebelum ini.

Dibandingkan dengan penampilan Werner yang berjaya memperolehi penalti dalam perlawanan ini, penampilan Havertz di Stadium Amex tampak senyap.

Dan persembahan sebegitu pantas menjadi bahan jenaka penyokong lawan.

Apatah lagi selepas satu hantaran diagonal tidak menjadi dan dilihat tanpa tujuan pada babak kedua pantas menjadi gurauan netizen.

Anda boleh menonton hantaran tersebut melalui pautan di atas. Masih awal untuk menilai prestasi dan kemampuan Havertz hanya melalui satu hantaran dan perlawanan. Namun sudah pasti ia bukan apa yang Lampard harapkan.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.