Kai Havertz dilaporkan telah mencapai persetujuan dengan Chelsea sekaligus bermakna pemain Bayer Leverkusen itu semakin hampir untuk berhijrah ke Premier League pada musim hadapan.
Pemain berusia 21 tahun itu adalah antara pemain yang paling diburu di Eropah, setelah menyinar di saingan Bundesliga sejak melakukan debut pada musim 2016/17.
Chelsea adalah pilihan untuk mendapatkan Havertz, dan Frank Lampard turut yakin pemain muda itu akan beraksi di barisan hadapan serangan The Blues yang turut akan membariskan Timo Werner dan Hakim Ziyech pada musim hadapan.
Kai Havertz 'agrees five-year contract with Chelsea' https://t.co/us48Fy8UX3
— MailOnline Sport (@MailSport) August 10, 2020
Tiada diskaun
Dan laporan RMC Sports mengesahkan semua butiran peribadi diantara pemain dan kelab telah dipersetujui kedua-dua pihak, walaupun Chelsea masih lagi perlu melakukan rundingan dengan Leverkusen yang enggan menurunkan nilai £90 juta untuk pemain itu.
Di sebalik lanjutan tempoh rundingan tersebut, kem Chelsea yakin pemain itu akhirnya akan menjadi milik mereka.
Bayer Leverkusen have informed Chelsea that they will not lower their £90m asking price for Kai Havertz according to Leverkusen director Rudi Voller. pic.twitter.com/FCaMwT9UxU
— Transfer News (@TransfersLlVE) August 8, 2020
“Kami tahu akan minat yang ditunjukkan oleh beberapa kelab, terutamanya Chelsea. Bagi kami [Bayer Leverkusen] situasinya amat muda; pemain ini masih ada 2 tahun kontrak.
“Jika ada yang mahukan beliau berdasarkan syarat kami, ok. Atau jika tidak beliau akan kekal du sini setahun lagi dan kami gembira dengan itu,” kata Rudi Voller yang juga pengerusi kelab.
Chelsea nafi Marina main kotor
Dalam perkembangan berkaitan, Independent melaporkan Chelsea dan Pengarah Kelab, Marina Granovskaia terpaksa melakukan penafian cuba bermain kotor dalam rundingan mendapatkan Havertz.
Sejak bulan lalu khabar angin tersebar mengatakan Marina cuba menghubungi beberapa pihak di Jerman untuk mendapatkan indormasi mengenai Leverkusen termasuk kontrak Havertz yang boleh membantu Chelsea untuk merendahkan yuran perpindahan.
Chelsea terpaksa mengeluarkan kenyataan keras menafikan perbuatan tersebut, sambil mengesahkan penasihat kepada Roman Abramovich itu mengendalikan setiap perpindahan dengan penuh profesional.
“Kami sekeras-kerasnya menafikan khabar angin ini; dakwaan sebegini jelas sekali hanya rekaan,” ujar seorang jurucakap daripada Chelsea.
Marina Gravnovskaia dianggap sebagai antara wanita paling berkuasa di dalam dunia bola sepak, terutama ketika melakukan rundingan membabitkan perpindahan.