Kai Havertz Cemerlang Catat Hat-trick Pertamanya, Sedia Terus Diamkan Pengkritik

Kai Havertz berjaya membuktikan kepada peminat Chelsea bahawa beliau sememangnya mampu memberikan sesuatu kepada kelab.

Pemain muda itu cemerlang mencatatkan hat-trick ketika membantu Chelsea menewaskan Barnsley 6-0 dalam saingan Carabao Cup semalam.

Bintang Jerman itu gagal untuk memberikan aksi terbaiknya dalam dua perlawanan awalnya bersama Chelsea.

Kegagalan beliau mempamerkan persembahan yang baik dalam perlawanan bertemu Burnley dan Liverpool telah menarik perhatian Jamie Carragher dalam Sky Sports.

Tetapi beliau telah mempamerkan aksi sungguh mengagumkan ketika bertemu dengan Barnsley di Stamford Bridge semalam walau pasukan yang dihadapinya itu antara pasukan yang lemah.

Havertz membuka akaun jaringannya di bawah kendalian Frank Lampard dengan jaringan cantik hasil rembatan kaki kiri untuk meletakkan Chelsea 2 gol mendahului perlawanan.

Jaringan pertama telah disumbangkan oleh Tammy Abraham yang juga mencatatkan assists untuk gol kedua Kai Havertz.

Gol ketiga Chelsea pula telah dijaringkan oleh Ross Barkley yang cemerlang memanfaatkan kesilapan dari penjaga gol lawan, Bradley Collins.

Aksi persembahan luar biasa mengagumkan dari Kai Havertz dengan menjaringkan hat-trick untuk perlawanan ketiganya bersama Chelsea.

Gol keempat Chelsea dijaringkan oleh Havertz pada minit ke-55 hasil umpanan dari Tammy Abraham dan beliau melengkapkan Hat-tricknya pada minit ke-65 juga hasil umpanan dari pemain sama.

Havertz membuktikan nilai £71.6 juta yang Chelsea bayar kepada Bayer Leverkusen sebenarnya berbaloi dengan kehebatan yang beliau miliki.

Mungkin ramai yang mahu melihat beliau mengekalkan corak persembahan mantap itu ketika bertemu pasukan besar dalam saingan premier league.

Namun dengan aksi hebat yang dipamerkan dalam perlawanan malam tadi, pastinya pemain berusia 21 tahun itu mendapat suntikan semangat yang luar biasa untuk terus berikan yang terbaik.

Beliau hanya perlu yakin dan terus memberikan yang terbaik. Dan seandainya Havertz mampu untuk mengekalkan persembahan seperti semalam, beliau bakal menjadi bintang besar dalam saingan premier league.

Selain hat-trick yang dicatatkan oleh Havertz, seorang lagi penandatanganan baru Chelsea, Ben Chilwell turut cemerlang menjaringkan gol selepas di masukkan sebagai pemain gantian di babak kedua perlawanan.

Para peminat Chelsea pastinya lega melihat kedua-dua pemain yang baru ditandatangani itu berjaya memberi aksi terbaik mereka dan mampu untuk serasi bersama skuad.

Havertz menandatangani kontrak menyertai Chelsea sebagai salah seorang pemain muda dengan prospek mengujakan di bola sepak eropah, menjaringkan 36 gol Bundesliga dan memiliki 7 caps antarabangsa.

Namun prestasinya dalam perlawanan ini membuatkan ramai tertanya sama ada Havertz benar-benar mampu untuk mencapai potensi seperti yang dicanang sebelum ini.

Dibandingkan dengan penampilan Werner yang berjaya memperolehi penalti dalam perlawanan pertama menentang Brighton. penampilan Havertz di Stadium Amex tampak senyap.

Malah persembahan beliau pantas menjadi bahan jenaka penyokong lawan. Apatah lagi selepas satu hantaran diagonal tidak menjadi dan dilihat tanpa tujuan pada babak kedua pantas menjadi gurauan netizen.

Namun dengan persembahan dan permainan cemerlang ini, Kai Havertz sudah tentu akan menjadi sandaran Lampard untuk mengorek kubu pertahanan lawan dalam perlawanan-perlawanan mendatang.

Hat-rick ini sekurang-kurangnya akan mendiamkan pengkritik beliau buat masa ini.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.