Tatkala Napoli kini menjadi bahan kritikan Juventus seorang pemimpin di Itali memberikan respon dan berpendapat kelab Turin itu sepatutnya bersyukur dan berterima kasih kepada Napoli yang tidak meletakkan kesihatan pemain bintang seperti Cristiano Ronaldo terancam oleh penularan wabak global.
Itulah pendapat Presiden penduduk Wilayah Campania di Itali, Vincenzo de Luca.
Selepas dua pemain di dalam skuad kendalian Gennaro Gattuso disahkan positif Covid-19, pihak kesihatan tempatan menasihatkan keseluruhan skuad Napoli untuk tidak beraksi di tempat lawan menentang juara bertahan, Juventus di Turin.
JUST IN:
Juventus official statement saying that they will field their team tomorrow v Napoli.
Napoli wasn’t allowed to travel due to health decision from local authorities.
Juventus going for forcing the 3-0 sanction to Napoli
— Tancredi Palmeri (@tancredipalmeri) October 3, 2020
Walaupun sememangnya maklum dengan keadaan yang melanda Napoli, Juventus bertindak pejam mata dan turun ke Stadium Allianz seolah-olah perlawanan akan mengambil tempat.
Gergasi Serie A itu turut mendakwa Napoli tidak mengamalkan prorokol pertandingan yang telah ditetapkan.
De Luca bagaimanapun bertindak mempertahankan tindaka Napoli – kelab paling berjaya di wilayah selatan Itali.
“Tidak ada sesiapa yang berterima kasih kepada kita kerana berusaha mengelak pemain seperti Cristiano Ronaldo dijangkiti virus,” ujar beliau melalui satu perkongsian video di Facebook.
The Governor of Campania Vincenzo De Luca has slammed #Juventus President Andrea Agnelli’s conduct regarding the controversial #JuventusNapoli case. #Napoli #SerieA https://t.co/4VxZhgm9fz pic.twitter.com/OWq98OL1na
— footballitalia (@footballitalia) October 9, 2020
“Bayangkan ini berlaku. Napoli yang memiliki banyak kes positif tetap pergi ke tempat lawan untuk perlawanan seperti yang dilakukan Genoa sebelum ini.
“Jika Ronaldo dijangkiti virus seminggu kemudian, nama Napoli pasti akan terpampang di muka hadapan New York Times.
“Tiada protokol yang menjadi kebal apabila ia melibatkan isu kesihatan dan peraturan. Napoli tidak berkunjung ke Turin kerana arahan pejabat kesihatan tempatan, dan Juventus akhirnya bermain dengan budak pengutip bola.
“Pemain bola sepak juga seharusnya terikat kepada peraturan yang dikenakan kepada semua rakyat Itali jika ianya berkenaan isu kesihatan. Kerana itulah Napoli tidak beraksi, disebabkan mereka dikuarantin oleh pejabat kesihatan.
Juventus were unhappy after Napoli were prevented from travelling for their Serie A clash last weekend, but the president of Campania has leapt to the defence of his region's club https://t.co/83VvtXNn1z pic.twitter.com/KkK1mTzEN0
— Footy Corner (@footycor) October 10, 2020
“Juventus pula melalui presiden mereka Andrea Agnelli mengeluarkan satu kenyataan yang memalukan diri sendiri. ‘Disebabkan tiada protokol (untuk situasi tersebut), kami tetap turun ke stadium,’ kata beliau.
“Presiden Juventus sememangnya seorang individu yang sangat meminati dan bersungguh bukan sahaja terhadap bola sepak, tetapi juga mengenai filosofi.
“Kerana itu juga saya mahu mengingatkan dia: ‘Penghormatan itu bukan untuk dimenangi; ia cuma tidak boleh dihilangkan.’
Even the thanks to the ASL and Napoli did not arrive because we avoided infecting Ronaldo “. The president of the Campania Region. Vincenzo De Luca uses sarcasm to comment on the story of the match missed by Juventus and Napoli for the quarantine of the Neapolitan team. https://t.co/3FuQcbt7Oq
— Andar Sofian (@andarsofian) October 9, 2020
“Kita di sini bercakap mengenai sukan, mengenai nilai dan semangat kesukanan, kesetiaan, dan kejujuran di dalam pertandingan selain rasa hormat kepada lawan.
“Bagaimana kita mahu muhasabah diri atau terus berlagak memenangi perlawanan apabila lawan pula terpaksa melalui kuarantin yang diarahkan pihak berkuasa dan bukan atas kehendak diri sendiri?”
Napoli kini telah memenangi kedua-dua perlawanan Serie A yang telah dilalui pada musim ini. Juvenrus pula mengutip 4 mata hasil satu kemenangan dan satu seri di bawah kendalian pengurus baharu, Andrea Pirlo.