Juventus Semakin Hampir Menandatangani Bintang Everton

Everton kini sedang menikmati permulaan musim yang sungguh cemerlang dalam saingan premier league.

Anak-anak buah Carlo Ancelotti sekali lagi peroleh kemenangan dalam saingan liga malam semalam menewaskan Brighton and Hove Albion 4-2 di Goodison Park.

Dengan kemenangan tersebut, Everton kini sedang mendahului carta liga dengan memperoleh empat kemenangan dari empat perlawanan.

Everton telah bertemu dengan Tottenham Hotspur, West Bromwich, Crystal Palace dan Brighton dan berjaya mengutip 12 mata dari kesemua perlawanan tersebut.

Dari empat perlawanan tersebut, Everton telah berjaya menjaringkan 12 gol, bolos lima dan telah menjadi salah sebuah pasukan paling menarik ditonton dalam saingan bola sepak England setakat ini.

Urusan perpindahan pemain mereka juga berjalan dengan sangat lancar, yang mana Everton telah memperkuat barisan tengah dengan menandatangani Allan, Abdoulaye Doucoure dan James Rodriguez.

Dengan pembelian pemain yang boleh dikatakan berbaloi, tiba giliran untuk menjual pemain sedia ada pula sebelum jendela perpindahan musim panas ini ditutup.

Sport Witness melaporkan bahawa, menurut sumber Corriere dello Sport, mereka mendakwa bahawa Moise Kean merupakan calon pemain yang bakal dilepaskan dan Juventus berminat untuk menjadi pembeli.

The Toffees menandatangani Kean dari kelab Itali itu pada Ogos 2019 dengan nilai perpindahan bernilai £27.5 juta dan nilai pemain tersebut sudah meningkat kepada £27.5 juta.

Pembelian Kean dianggap tidak berjaya kerana penyerang itu hanya menjaringkan empat gol sahaja dari 37 perlawanan untuk Everton.

Dua dari empat jaringan tersebut terhasil ketika bertemu Salford City dan Fleetwood dalam saingan EFL musim ini.

Juventus mendedahkan bahawa mereka bersedia untuk berunding dengan Everton untuk membawa kembali penyerang berusia 20 tahun tu ke Itali.

Juventus mahu mendapatkan Kean sebagai pemain pinjaman, namun Everton tidak mahu meminjamkan pemain tersebut sebaliknya mahu menjualnya supaya mendapatkan kembali dana yang telah mereka laburkan.

Sehingga kini masih belum ada apa-apa kesepakatan terbina antara kedua-dua belah pihak, namun tidak banyak waktu yang tinggal lagi sebelum jendela perpindahan ditutup.

Sebenarnya urusan perpindahan ini merupakan langkah terbaik untuk Kean.

Penyerang muda itu gagal untuk menyesuaikan diri dalam kancah liga bola sepak Inggeris dan kepulangan semula ke Serie A adalah pilihan yang paling tepat.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.