Juventus bertindak memecat jurulatih Maurizio Sarri selepas Juventus disingkirkan Lyon dari pertandingan Champions League.
Pengurusan tertinggi Juventus pantas melakukan satu mesyuarat tergempar selepas skuad The Old Lady gagal mara ke separuh akhir pertandingan kelab elit eropah itu, dengan satu-satunya agenda ialah mengenai masa depan Sarri.
Dan hasil mesyuarat bersetuju dengan kenyataan bahawa bekas jurulatih Chelsea dan Napoli berusia 61 tahun itu bukan jurulatih yang sesuai untuk memacu Juventus ke hadapan.
Apabila Juventus membawa masuk Cristiano Ronaldo ke Turin, ia adalah jelas kelab itu mahukan kejuaraan Champions League pada musim ini.
August 1: Maurizio Sarri wins Serie A with Juventus
August 8: Sarri sacked as Juve managerSometimes football comes at you fast 😳 pic.twitter.com/uXhDwKAYV6
— B/R Football (@brfootball) August 8, 2020
“Juventus mengumukan Maurizio Sarri kini telah dilepaskan daripada jawatannya sebagai jurulatih skuad utama,” ujar kenyataan rasmi daripada kelab tersebut.
“Pihak kelab ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau setelah membantu menulis sejarah baharu untuk Juventus dengan kejuaraan ke-9 liga.”
Masa depan Sarri di Turin sudah lama menjadi topik hangat walaupun selepas membawa kelab itu meraih Sucdetto ke-9.
Malah bekas pegawai bank itu mengakui beliau bergelut untuk mengadaptasi falsafah bola sepak ‘Sarriball’ kepada pasukan itu.
Selepas tewas perlawanan pertama menentang Lyon sebelum ini, Sarri pernah berkata pasukan kendaliannya terlalu perlahan menggerakkan bola, namun menegaskan akan terus berusaha menerapkan corak permainan tersebut sehingga pemain faham konsep falsafah tersebut.\
OFFICIAL: Juventus confirm manager Maurizio Sarri has been sacked ⚪⚫ pic.twitter.com/Bh07fIqqdw
— B/R Football (@brfootball) August 8, 2020
Pemecatan Sarri bermakna Juventus kini perlu mencari pengganti untuk saingan musim baharu.
Antara calon yang dilaporkan berada di dalam senarai adalah Simone Inzaghi yang cemerlang bersama Lazio, dan Zinedine Zidane yang masih memiliki kontrak bersama Real Madrid.
Mauricio Pochettino yang membawa Tottenham Hotspur ke perlawanan akhir Champions League musim lalu turut dikaitkan sebagai pengganti.
Malah bekas jurulatih, Massimiliano Allegri dan Antonio Conte turut dikatakan berada di dalam radar sejak beberapa minggu lalu.
Pilihan lain ialah untuk memberikan peranan tersebut terus kepada Andrea Pirlo yang diberikan peranan membimbing skuad B-23 Juventus baru-baru ini.