Juventus Menandatangani Pemain Berusia 32 Tahun Untuk Skuad U-23

Juventus menandatangani pemain berusia 32 tahun untuk ditempatkan bersama skuad bawah 23 tahun mereka dan bermain di Serie C.

Andrea Brighenti merupakan seorang pemain yang sudah berusia 32 tahun dan telah ditandatangani oleh Juventus untuk beraksi bersama skuad bawah 23 tahun mereka.

The Bianconeri telah berjaya untuk menandatangani pemain penyerang dari Monza yang bermain di pentas Serie B sebelum ini.

Juventus berjaya untuk mendapatkan Andrea Brighenti yang turut dipancing oleh Palermo dan Como sebelum ini.

Kebanyakkan rakan sepasukan Andrea Brighenti nanti akan berusia sembilan tahun lebih muda dari beliau, jadi pastinya beliau akan merasakan pelbagai perasaan bercampur baur.

Tetapi ianya tidak menjadi masalah kerana skuad bawah 23 tahun juga dibenarkan untuk menyenaraikan beberapa pemain yang lebih berusia dan ianya memang sah.

Skuad bawah 23 tahun Juventus kini sudah memiliki dua orang pemain berusia 30 tahun seperti penjaga gawang, Timothy Nocci dan ketua pasukan Raffaele Alcibiade.

Selain itu mereka turut memiliki dua lagi pemain yang sudah berusia lebih dari 23 tahun seperti Stefano Gori dan Dario del Fabro yang berusia 24 dan 25 tahun.

Sama seperti Sambonifacese, Renate dan Cremonese, Brighenti juga telah menjaringkan 138 gol yang mengagumkan dari 403 penampilan beliau sepanjang kariernya.

Beliau turut berjaya menjaringkan enam gol ketika membantu Monza untuk dinaikkan ke liga tier kedua dalam kancah liga bola sepak Itali musim lalu.

Pasukan Juventus B itu telah berjaya untuk memenangi Coppa Italia C musim lalu dengan menewaskan Termana dalam aksi perlawanan akhir.

Mereka juga telah melakukan beberapa perubahan dalam masa terdekat ini termasuk dengan penukaran tenaga kejurulatihan.

Andrea Pirlo yang baru sahaja menjadi pengurus pasukan bawah 23 tahun selama sembilan hari telah dipanggil untuk menguruskan skuad senior Juventus selepas Maurizio Sarri dipecat.

Maurizio Sarri dipecat selepas kekalahan berturut-turut Juventus serta tersingkirnya mereka dari saingan Liga Juara-juara kepada Lyon.

Dengan perlantikan Pirlo sebagai pengurus baharu, maka Lamberto Zauli yang sebelum ini menguruskan skuad bawah 19 tahun telah dipanggil untuk menguruskan skuad bawah 23 tahun Juventus.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.