Juventus Mahukan Willian Secara Percuma

Masa depan Willian Borges dengan Chelsea masih belum diselesaikan lagi. Tiada sebarang persetujuan yang dicapai setakat ini.

Sudah beberapa siri perbincangan di antara Chelsea dan Willian tetapi pemain itu masih belum menandatangani sebarang kontrak di Stamford Bridge.

Jika Willian tidak menandatangani kontrak sebelum Januari 2020, beliau akan menjadi pemain ejen percuma / free agent pada musim akan datang.

Berdasarkan peraturan free agent di Eropah. Pemain yang baki kontraknya kurang 6 bulan, berhak untuk bercakap dengan mana-mana pasukan tanpa melalui kelab semasa.

Juventus dilaporkan berminat untuk mendapatkan Willian secara percuma, jika pemain itu tidak melanjutkan kontrak di Chelsea.

Willian buat masa ini tidak mendapat jaminan daripada Frank Lampard, bahawa beliau akan mendapat minit perlawanan yang banyak.

Sebelum ini Juventus sudah mendapatkan pemain seperti Emre Can, Adrian Rabiot, dan Aaron Ramsey secara percuma.

Willian sebelum ini dikaitkan dengan Barcelona dalam beberapa musim perpindahan. Namun dalam jendela perpindahan kali ini, minat Barcelona ke Willian dilihat sudah tamat.

Willian merupakan pemain kebangsaan Brazil yang bermain di posisi sayap. Beliau pemain yang pantas dan berkemahiran tinggi.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.