Juventus Bakal Tandatangani Wonderkid U.S Yang Kedua

Menurut sumber laporan dari Fabrizio Romano, Juventus kini dalam rundingan untuk menandatangani ubi muda FC Dallas, Bryan Reynolds.

Gergasi Itali itu kini sedang bersaing dengan Club Brugge dan seteru mereka dari saingan Serie A, AS Roma untuk mendapatkan pemain pertahanan kanan itu.

Bryan Reynolds menjadi pemain homegrown termuda dalam sejarah ketika menandatangani perjanjian pertamanya bersama kelab pada November 2016.

Menurut Romano, tiada kesepakatan yang telah dicapai oleh kedua-dua pihak setakat ini, namun sesi rundingan masih berjalan.

Kini pemain berusia 19 tahun itu sudah menandatangani perjanjian selama empat tahun bersama kelab MLS itu pada September lalu.

Ini bermaksud, mana-mana pasukan yang dapat memikatnya untuk dibawa keluar dari Amerika, pastinya perlu mengeluarkan dana yang besar.

Seandainya Juventus berjaya menandatangani pemain muda itu, mereka sudah merancang untuk meminjamkan beliau terlebih dahulu untuk menambah pengalaman.

Cagliari sudah menyediakan rancangan yang rapi untuk masa depan Bryan Reynolds dan mereka kini antara pasukan pilihan untuk mendapatkan ubi muda US itu.

Juventus ada sejarah cemerlang bersama bakat hebat dari US sejak kebelakangan ini, dengan mengambil semula Weston McKennie yang dipinjamkan ke Schalke 04.

McKennie telah membuat 15 penampilan dalam semua pertandingan untuk Juventus pada musim ini, dan beliau turut berjaya menjaringkan dua gol untuk kelab.

Beliau lebih berfungsi di posisi midfield, namun dalam beberapa perlawanan terakhir ini, beliau banyak bermain di posisi pertahanan.

Walaupun pemain berusia 22 tahun itu mempamerkan kecemerlangannya bersama Juventus, namun kelab masih gagal untuk mendapatkan momentum mereka yang sebenarnya.

Sejak legenda kelab, Andrea Pirlo mengambil alih tugas sebagai pengurus di Turin, Juventus pada musim lalu berjaya membawa pulang dua Piala istimewa.

Mereka kini berada dalam tahap persembahan yang tidak menentu dan sekadar berada dikedudukan keenam sahaja dalam saingan Serie A.

Skuad kendalian Andrea Pirlo itu kini 10 mata dibelakang pendahulu saingan Serie A, AC Milan dengan mereka masih mempunyai kelebihan satu perlawanan belum dimainkan.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.