Semalam JDT menjinakkan Persija Jakarta dengan jaringan 3-0 di Larkin. Sekaligus meraih kemenangan pertama dalam perlawanan pembukaan untuk Piala AFC musim ini. Piala yang mereka pernah menangi pada 2015.
JDT bermula garang. Pada awal babak perlawanan percubaan Fadhli Shas terkena palang dan kemudian tandukan deras Luciano Figueroa pula diselamatkan oleh penjaga gol Persija, ianya dikira aksi menyelamat dengan refleks sangat tinggi.
JDT memecah kebuntuan menerusi Hazwan Bakri pada minit ke-29. JDT banyak membazir peluang gol sepanjang perlawanan. Diaz akhirnya menewaskan penjaga gol Persija dengan menggelecek beliau dan menyumbat masuk ke gawang yang ternganga.
Kemasukan Safawi Rasid memastikan JDT membunuh perlawanan pada minit ke-76. Tamat perlawanan, pengendali Persija Jakarta, Stefano Cugurra memberikan 2 alasan kenapa pasukan beliau kalah.
Pertamanya, adalah kerana keletihan dengan perjalanan yang sangat jauh dari Solo ke Johor Bharu. Keduanya adalah faktor kecergasan pemain yang menyaksikan 5 pemain utama mereka tidak melepasi had kecergasan pada hari perlawanan.
Yang ketiga adaah kerana hilang fokus di dalam padang kerana masalah keletihan. Beliau berkata:
“Kami agak keletihan. Ini selepas melalui perjalanan yang sangat panjang dari Solo, Jakarta, kemudian ke Singapura, barulah sampai Johor.”
“Oleh itu, ada lima pemain yang kami yang tidak berada dalam keadaan segar dan terpaksa disisihkan.”
Merehatkan 5 pemain iaitu Marko Simic, Rohit Chand, Ismed Sofyan, dan Ramdani Lestaluhu ternyata satu percaturan yang gagal untuk Persija dalam perlawanan ini.
Sebagai tambahan, pasukan JDT hanya ada rehat 48 jam sebelum perlawanan ini dan melakukan rotation pada pasukan mereka serta ada beberapa pemain terpaksa terus diturunkan terutama sekali Luciano Figueroa.
Ramai peminat Persija Jakarta mempertikaikan komitmen Persija Jakarta dalam perlawanan ini. Mereka lebih dilihat mengutamakan final Piala Presiden yang menjadi sebab utama ramai pemain direhatkan sehingga melibatkan 5 pemain utama.
Lawan mereka pada final Piala Presiden, Bali United turut mengambil langkah merehatkan beberapa pemain utama dan pasukan itu turut tewas 3-1 di tangan Yangon United.
Ada juga peminat Persija dan Bali United membidas jadual liga domestik mereka yang dianggap membebankan. Pihak pengurusan liga sepatutnya menyusun jadual dengan lebih baik.
Cugura turut memuji JDT sebagai pasukan yang lebih baik dalam perlawanan ini. Penyerang veteran mereka, Bambang Pamungkas memberitahu wartawan yang mereka masih seperti biasa, sentiasa akan berkobar-kobar untuk bangkit selepas kekalahan seperti ini.