Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp telah menyebabkan kelab League 1, Shrewsbury yang berada di aras ketiga liga England kehilangan pendapatan sebanyak £500,000.
Sebelum perlawanan ulangan Piala FA pusingan ke-4 antara Liverpool dan Shrewsbury berlangsung kelab bawahan itu sudah kerugian.
Begitulah power pasukan yang bernama Liverool sang penakluk dunia yang merupakan pasukan bola sepak paling hebat dunia ini.
Peneraju Premier League yang tidak boleh dibawa bincang ketika ini telah mencatatkan keputusan seri pada perlawanan pertama.
Arena: Anfield 🏟
Contest: Liverpool v Shrewsbury Town ⚽️
Competition: FA Cup 🏆
KO time: 7.45pm 🕒 pic.twitter.com/Oud4GCxGPI— Connor Dunn (@ConnorDunn7) February 4, 2020
Aksi kebangkitan pada separuh masa kedua memaksa Liverpool bermain di perlawanan ulangan di Anfield dan memeningkan Klopp.
Klopp telah berjanji bahawa pemain senior termasuklah pengurus tidak akan bermain dan akan menikmati rehat di winter break.
Sejurus selepas perlawanan yang berakhir dengan keputusan seri itu tamat, Klopp telah umumkan bahawa tiada pemain senior akan beraksi di perlawanan ulangan.
Pengurus pasukan bawah 23 tahun, Neil Critchley akan mengambil alih tugas Klopp dan menurunkan pemain muda menentang Shrewsbury.
Liverpool Cost Shrewsbury £500,000 in Lost Revenue Over FA Cup Replay Stance pic.twitter.com/sWlxVDxLeK
— Lantan Sport (@Lantansport) February 4, 2020
Keputusan Liverpool menurunkan skuad muda nyata memberi kesan yang mendalam kepada pasukan kecil seperti Shrewbury.
Menurut bos Shrewsbury, Sam Ricketts tindakan Klopp itu telah menyebabakan pasukkanya kehilangan £500,000.
“Itu sangat besar. Pendapatan merupakan sesuatu yang teramat penting untuk kelab seperti kami yang bergrak di atas kaki sendiri.”
“Untuk kelab seperti kami jika kami turun menentang pasukan utama Liverpool kau mampu menjana pendapatan sehingga £600,000 berbanding £100,000.”
“Di kelab seperti kami setiap sen pun akan dikira. Ini merupakan kekecewaan terbesar kami di mana kami akan kekurangan pendapatan.”
The FA have decided to not let any international broadcasters air tonight's replay between Liverpool & Shrewsbury.
BT Sport did also offer to air it live but the FA also refused that.
So anyone interested in that match tonight will not even be able to find a dodgy stream! 🤦♂️
— Footy Accumulators (@FootyAccums) February 4, 2020
Menurut Mirror, kerana perlawanan di Anfield tidak akan disiarkan , kedua-dua pasukan akan kehilangan wang penyiaran piala FA sebanyak £75,000.
Lebih memilukan buat Shrewsbury apabila Liverpool telah menurunkan harga tiket kepada £15 untuk orang dewasa dan £1 kanak-kanak bgai menggalakan kedatangan penonton.
Penurunan harga ini menyebabkan Shrewsury akan menerima antara £100,000 hingga £150,000 sahaja. Nilai ini akan lebih daripada dua kali ganda jika skuad utama diturunkan.
“Dari segi sejarah kau akan berkata bertemu Liverpool di Anfield akan menjana banyak pendapatan tapi apa kami dapat sangat berbeza.”
“Ini satu peluang untuk membina sesuatu yang mampu memberi kesan sehingga 10-15 tahun dan inilah legasi sebenar.”
“Wang itu boleh membuatkan padang menjadi lebih baik atau kami boleh dapatkan seorang pemain tambahan.”
Still agree with Klopp's decision to not attend the FA Cup Replay against Shrewsbury? #LIVSHR 🤨 https://t.co/iNFZPXgVnN
— 90min (@90min_Football) February 4, 2020
Chelsea menanti pasukan yang menang dalam perlawanan ini dan jika Shrewsbury mara maka wang yang lebih besar menanti mereka dalam perlawanan seterusnya. Tetapi mereka tewas.
Sudah menjadi satu rezeki yang besar buat pasukan liga bawahan dapat bertemu dengan pasukan seperti enam teratas Premier League kerana mereka mampu menjana keuntungan.
Situasi ini bukan sahaja terjadi di Premier League malah di liga lain terutamanya La Liga yang mempunyai kuasa duit penyiaran yang tinggi.