Julian Nagelsmann dan skuad kendaliannya, RB Leipzig mengejutkan ramai pihak selepas berjaya untuk mara ke peringkat separuh akhir saingan Liga Juara-juara buat pertama kalinya dalam sejarah.
RB Leipzig berjaya menundukan Atletico Madrid di pentas suku akhir selepas anak-anak buah Diego Someone’s itu menyingkirkan Juara bertahan di peringkat 16 terbaik.
Jaringan minit ke-88 dari Tyler Adam’s membawa pasukan dari Bundesliga itu untuk memenangi perlawanan dengan keputusan 2-1.
Julian Nagelsmann is younger than both Lionel Messi and Cristiano Ronaldo.
Just let that sink in. 👀👔👍 pic.twitter.com/9ezcMMI9Em
— Football Tweet (@Football__Tweet) August 13, 2020
Jaringan tersebut juga telah menyingkirkan pasukan yang sudah dua kali mara ke perlawanan akhir liga Juara-juara dalam tempoh enam tahun terakhir ini dari kejohanan.
RB Leipzig merupakan pasukan yang baru sahaja dikenali sekitar 11 tahun lalu bakal bertemu Paris Saint Germain di peringkat separuh akhir nanti.
Sesuatu kejayaan yang sungguh manis untuk kelab, tetapi ianya kejayaan yang lebih mengharukan untuk pengurusnya yang baru sahaja meraikan ulang tahun kelahiran ke-33 Julai lalu.
Beliau dilahirkan beberapa bulan sahaja sebelum Someone melakukan debut profesional beliau dalam dunia bola sepak pada tahun 1987.
Formed 11 years ago, RB Leipzig are now preparing for a Champions League semi-final 🔥
Incredible drama! Julien Nagelsmann is over the moon!
Simeone looks crestfallen…#Club2020 pic.twitter.com/JERtKmsgSt
— Football on BT Sport #Club2020 (@btsportfootball) August 13, 2020
It looks like Julian Nagelsmann enjoyed Tyler Adams' goal. (📷 @DAZN_CA) pic.twitter.com/8nGWmpJZea
— Get German Football News (@GGFN_) August 13, 2020
Perlawanan pada babak pertama berkesudahan dengan keputusan terikat tanpa jaringan dan Atletico dilihat lebih banyak bertahan berbanding dari menyerang.
Leipzig akhirnya berjaya menemui gol pendahuluan yang selayaknya mereka perolehi apabila hantaran lintang Marcel Sabitzer menemui Olmo untuk disempurnakan melalui tandukan kilas yang menewaskan Jan Oblak.
Jika Leipzig gagal mengancam gawang lawan disebabkan ketiadaan pemain individu, Atletico Madrid pula bolehlah dianggap memiliki isu yang lebih serius dan sukar untuk dihuraikan.
Bekas penyerang Chelsea, Diego Costa jelas bersendirian di hadapan dan adakalanya seperti dibuli oleh pemain pertahanan muda Perancis, Upamecano.
Terdesak mencari gol penyamaan, Simone akhirnya memasukkan pemain bernilai £100 juta mereka, Joao Felix.
At 33 years old Julian Nagelsmann is the youngest ever manager to reach a Champions League Semi-final. 5 years younger than when Pep Guardiola did it with Barcelona in 2009, and 8 years younger than Jose Mourinho with Porto in 2004.
The future of football management. #UCL pic.twitter.com/kHyezvK0m7
— C (@CW08__) August 13, 2020
Felix bermain dengan baik sebaik dimasukkan, dan larian derasnya menyebabkan Leipzig dihukum apabila pengadil memberikan sepakan penalti kepada Atletico.
Bintang muda dari Portugal itu mempamerkan keyakinannya dalam menyempurnakan sepakan penalti tersebut untuk jaringan penyamaan Atletico.
Tiada perubahan momentum selepas gol penyamaan tersebut, namun bagaimanapun Diego Simone telah mengarahkan anak buahnya untuk duduk di belakang dan sekadar bertahan.
Tetapi satu hantaran bijak dari Sabitzer berjaya untuk membebaskan Angelino sebelum pemain itu berjaya menemui Adams. Pemain tengah Amerika Syarikat itu kemudian melakukan satu rembatan deras yang mengena Stefan Savic lalu terbias menewaskan Oblak.
Leipzig ditubuhkan pada tahun 2009 dan memulakan aksi pertama mereka dalam saingan Bundesliga pada kempen 2016/17.
Musim ini merupakan musim kedua RB Leipzig beraksi di pentas saingan Liga Juara-juara dan juga pertama kalinya mereka berjaya untuk melepasi peringkat kumpulan.
Julian Nagelsmann’s first step towards becoming a manager came when his coach at FC Augsburg II – Thomas Tuchel – appointed him as an opposition scout after a knee injury ended his playing career.
They’ll face each other in a Champions League semi-final next week. 🤝 pic.twitter.com/cpkSzfn8nB
— Statman Dave (@StatmanDave) August 13, 2020
Musim ini Leipzig diletakkan satu kumpulan dengan Lyon, Benfica, Zenit St Petersburg dan mereka juga berjaya menyingkirkan Tottenham Hotspur di pusingan 16 terbaik sebelum bertemu Atletico di peringkat suku akhir.
RB Leipzig akan bertemu Paris Saint Germain di peringkat separuh akhir minggu hadapan dan pastinya kejayaan pertama kali mara ke separuh akhir mahu mereka tamatkan dengan kejuaraan pertama dalam sejarah kelab.