Bintang tengah Itali, Jorginho memberitahu wartawan bahawa beliau runsing memikirkan cara untuk merantai Teemu Pukki.
Jorginho merupakan pemain defensive midfielder untuk Itali. Beliau antara pemain yang terawal dalam usaha menghentikan Teemu Pukki.
Jorginho menjadikan Teemu Pukki sebagai pemain yang harus diberikan perhatian menjelang pertemuan Itali dan Finland dalam kelayakan Euro.
Jorginho menyifatkan Teemu Pukki sebagai pemain yang sangat bagus dan sangat penting untuk negaranya, berdasarkan prestasi semasa pemain itu. Pukki boleh menghancurkan Itali jika para pemain Azzurri terleka.
NAZIONALE – Jorginho: "Domani può essere decisiva. Pukki? Ha tutto per essere pericoloso" https://t.co/lh47jLbsT9 via @slyvicom
— TuttoMatera.com (@TuttoMatera) September 7, 2019
Itali kini masih memiliki rekod 100 peratus kemenangan. Namun Jorginho tidak hairan jika Finland mampu menamatkan rekod mereka itu. Ini kerana menurut Jorginho, Finland merupakan pasukan yang mantap.
“Kami akan turun dan cuba menang perlawanan ini. Tidak kira siapa yang bakal beraksi, kami perlu tunjukkan karakter.”
“Seperkara yang penting adalah, jurulatih ada banyak pilihan.”
“Beliau (Pukki) merupakan pemain paling penting. Kami juga harus mengawal pemain-pemain mereka yang lain.”
“Finland bukan pasukan yang mengejutkan, mereka memang ada pemain-pemain berkualiti dan membuktikan mereka boleh bermain sebagai satu pasukan.”
“Pukki memiliki sesuatu dan segala perkara yang membuatkan beliau penyerang lengkap. Beliau bijak membuat larian, sangat bijak dalam posisi, rajin berlari, menekan lawannya dan tidak henti-henti bergerak di atas padang.”
“Ini ditambah dengan keupayaan beliau mengekalkan bola dan memberikan assist kepada rakan-rakannya. Pukki sangat bahaya. Itu bukan kebetulan beliau antara penjaring utama di Liga Perdana Inggeris.”
Adakah Itali akan dapat melepasi cabaran yang dihadirkan oleh Finland pada kali ini?
Dan adakah Teemu Pukki akan dapat membawa impak beliau dari EPL ke dalam pasukan negaranya?
Teemu Pukki merupakan pemain penting dalam Norwich. Pemain yang menjadi Pemain Terbaik Championship musim lalu, merangkap pemenang Kasut Emas Championship 2018/19.
📈 Teemu Pukki fr. 2018/19 (Norwich City + Finland)
🏟: 61 Games
👍: 58 Starts
⚽: 42 Goals
🅰: 11 Assists
🥅: 1 Pen
⚡: 8 Doubles
🔥: 1 Hat-trick
💥: 11 Matchwinners
➡: 29 Right foot
⬅: 10 Left foot
👤: 1 Header (+2 other)
▶: 41 fr. open play#ncfc @NorwichCityFC @Huuhkajat pic.twitter.com/A97VtP1Yv5— playmakerstats (@playmaker_EN) September 6, 2019
Musim ini Teemu Pukki telah menjadi pemain yang sangat aktif di hadapan gol. Beliau juga sudah mencetak 1 hatrik dalam EPL musim ini.
Beliau sudah memenangi 1 Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFA.
Teemu Pukki has been voted PFA Fans’ Player of the Month for August.
👕 4 games
⚽️ 5 goals
🅰️ 1 assist pic.twitter.com/AHjjYGRVei— Football Factly (@FootballFactly) September 2, 2019