Jorginho Hambur Pujian Atas Kecekapan Pengadil Tidak Layangkan Kad Merah Untuk ‘Contact’ Biasa Biasa Sahaja

Penyokong Arsenal jelas tidak berpuas hati dengan pengadil perlawwanan iaitu, Craig Pawson yang tidak melayangkan kad kuning kedua kepada Jorginho sebelum beliau menjaringkan gol penyamaan di Emirates.

Jorginho dilihat menarik Matteo Guendouzi selepas beliau memiliki 1 kad kuning pada ketika itu.

Namun begitu, Jorginho sangat lega kerana pengadil tidak terpengaruh dengan persekitaran di Emirates, di mana tekanan daripada penyokong tuan rumah dan para pemain Arsenal yang mahu pengadil melayangkan kad kuning kedua.

Jorginho mengakui beliau kagum dengan kredibiliti pengadil perlawanan yang tegas dan tidak dipengaruhi unsur lain di dalam tindakannya.

Ini kerana menurut Jorginho, pengadil tahu itu bukanlah kesalahan yang layak menerima kad kuning.

Ianya cuma sentuhan biasa yang berlaku di dalam bola sepak. Lantas Jorginho menganggap pengadil telah membuat keputusan yang tepat untuk tidak memerintahkannya keluar padang.

Pada minit ke-83,  Jorginho menyamakan kedudukan. Arsenal sebelum itu mendahului pada awal perlawanan menerusi Pierre-Emerick Aubameyang.

Selepas gol penyamaan oleh Jorginho, Chelsea mendapat kemenangan menerusi gol Tammy Abraham, kurang 4 minit daripada gol penyamaan Jorginho.

Penyokong Arsenal menganggap itu sebagai satu ketiakadilan. Pemain yang seharusnya dibuang padang lebih awal telah menjadi penjaring gol.

Jorginho mengambil kesempatan di atas kesilapan Bernd Leno.

Bercakap kepada wartawan selepas tamat perlawanan, Jorginho berjata: “Anda semua rasa itu kad merah? Saya rasa tak.”

“Contact dalam bola sepak itu biasalah. Ianya satu kesalahan tetapi itu itu tak lebih daripada sekadar foul.”

Jorginho awalnya di bangku simpanan. Namun selepas Arsenal mendahului, Frank Lampard memutuskan untuk membawa masuk pemain itu.

Pemain kebangssaan berusia 28 tahun dari Itali itu ternyata menjadi nadi penting kebangkitan pasukan Chelsea.

Jorginho tidak kisah diletakkan di bangku simpanan. Menurut beliau, apa yang penting beliau sentiasa bersedia untuk bermain apabila diperlukan.

“Bermain atau tak, itu semua di tangan Frank. Kamu harus menghormati keputusan Frank dan sentiasa bersiap sedia untuk bermain, apabila diperlukan.”

“Pada saya, saya sentiasa ok. Saya hanya mahukan pasukan ini menang. Jika beliau perlukan khidmat saya, saya sentiasa bersedia untuknya.”

Chelsea bangkit daripada kekalahan dalam dua perlawanan terakhir di Stamford Bridge berhadapan dengan pasukan bawahan seperti Bournemouth dan Southampton.

Kemenangan ini mengukuhkan semula kedudukan mereka di tangga keempat. Dan ia juga bermakna Arsenal semakin sukar untuk menempatkan diri ke slot Liga Juara Juara Eropah musim hadapan.

Jorginho berharap pasukannya akan dapat mengekalkan rentak kemenangan dan berada dalam prestasi terbaik pada tahun 2020 bagi memastikan mereka beraksi di pentas tertinggi Eropah.

Chelsea selepas ini akan bertemu dengan Brighton. Manakala Arsenal akan berhadapan dengan sebuah lagi pasukan big six iaitu Manchester United.

Manchester United memiliki rekod yang sangat baik berhadapan dengan pasukan big six musim ini.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.