Siapa yang tidak kenal dengan Jorge Pereyra Diaz. Pemain yang menjadi mimpi ngeri kepada semua pertahanan di Malaysia sebelum ini. JDT baru sahaja mengumumkan kepulangan semula Diaz ke kelab tersebut menerusi laman facebook rasmi mereka.
https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/photos/a.260410070788966.1073741834.208453185984655/940399999456633/?type=3&theater
Diaz adalah pemain penyerang serba boleh yang boleh beraksi di semua posisi di serangan. Beliau adalah pemain yang berasal dari Argentina. Diaz baru berusia 27 tahun.
Sebelum menyertai JDT beliau bermain untuk Lanus dan ada dalam skuad utama ketika membantu kelab tersebut menjuari Copa Sudanmericana pada 2013.
Ketika bersama JDT, Diaz adalah pemain sensasi yang menjadi pujaan peminat JDT. Musim terbaik beliau pastinya pada 2016 apabila beliau menjaringkan 32 gol semusim dalam semua pertandingan untuk JDT.
Lantas membantu pasukan JDT menjuarai Piala FA dan juga Liga Super. Diaz adalah pemenang kasut emas Liga Super 2016 dengan 18 gol. Musim 2017, JDT melepaskan Diaz ke Independiente dan kemudiannya Diaz menyertai Club Leon.
Selain daripada Jorge Pereyra Diaz, JDT semalam mengumumkan kepulangan semula Luciano Figueroa ke dalam pasukan mereka.
Figueroa sebelum ini menjadi duta JDT telah keluar daripada persaraan untuk bermain semula dengan pasukan Harimau Selatan itu.
Luciano Figueroa dan Jorge Pereyra Diaz dijangka akan membentuk gandingan berbisa di hadapan gol pada musim hadapan.
Setakat ini, JDT sudah melakukan beberapa rekruit dalam jendela perpindahan pra musim. JDT nampaknya serius dalam membentuk pasukan yang lebih mantap pada musim hadapan. Ini untuk memastikan mereka terus mendominasi arena bola sepak domestik.
Selain itu, JDT juga masih menanam cita-cita ke AFC Champions League. Jadi, amat penting untuk mereka menambahkan kualiti skuad mereka yang ada.