Jordan Henderson Menganggap Leeds United Biadap

Jordan Henderson menganggap Leeds United tidak menghormati pemain Liverpool kerana memakai baju ‘Earn it’ ketika isu European Super League hangat diperdebatkan sebelum ini.

Pada 19 April lalu, Liverpool berkunjung ke Elland Road bertemu Leeds United dalam aksi saingan premier league, dengan suasana yang agak tegang dek kerana European Super League.

Ia merupakan perlawanan pertama yang melibatkan salah satu pasukan ‘big six’ yang telah mengumumkan untuk menyertai ESL pada malam sebelumnya.

Leeds secara terang-terangan menolak ESL dengan mereka memilih untuk menganjing pasukan pelawat yang ketika itu berkunjung ke Elland Road.

Di luar stadium, para penyokong telah menyambut kedatangan skuad Liverpool dengan menunjukkan rasa tidak puas hati mereka.

Sementara di atas padang pula, skuad kendalian Marcelo Bielsa menganjing Liverpool dengan cara yang halus dan sangat sinis.

Para pemain Leeds United memanaskan badan dengan memakai T-shirt yang bertulis ‘Earn it’ dengan logo Champions League di berada di bawah tulisan tersebut.

Yang mana ia jelas menganjing konsep pertandingan ESL yang tidak mempunyai penyingkiran dan kesemua 12 pasukan terawal akan terus bersaing sesama sendiri dalam pertandingan tersebut.

Ketua pasukan Liverpool, Henderson yang ketika itu terpaksa diketepikan kerana mengalami masalah kecederaan telah menyatakan bahawa tindakan Leeds terhadap pemain yang jelas tidak tahu apa-apa merupakan perbuatan yang sangat biadap.

“T-shirt itu, saya rasa ia sangat biadap.”

Jelas pemain midfield itu kepada The New York Times.

“Para pemain langsung tak buat apa-apa. Itu bukan satu hal yang kami mahukan.”

Walau bagaimanapun, ketua pasukan Liverpool itu turut menyatakan persetejuan beliau terhadap tulisan yang tertulis pada T-shirt tersebut dengan menyatakan:

“Kamu harus berusaha mendapatkan hak kamu untuk berada dalam saingan Champions League.”

Sama seperti kelab lain, Henderson dan para pemain tidak tahu tentang rancangan dan keputusan Liverpool untuk sertai ESL sehingga ia diumumkan secara rasmi.

Pemain berusia 30 tahun itu dilaporkan menjadi pemain paling lantang dalam menentang ESL dan turut mengeluarkan kenyataan kepada para peminat tentang pendiriannya.

Dalam kenyataan beliau, bekas pemain Sunderland itu telah menyatakan bahawa:

“Kami tak sukakannya dan kami tak mahu ia berlaku.”

“Ini adalah pendirian kami.”

“Komitmen kami terhadap kelab bola sepak ini dengan para penonton adalah sangat jelas dan tidak bersyarat.”

Henderson tidak menyukai Super League, namun beliau juga tidak bersetuju dengan peraturan baru Champions League, yang mana setiap pasukan akan bermain 10 perlawanan hanya di peringkat kumpulan sahaja.

“Super League sememangnya tak betul, tapi peraturan baru Champions League juga tak betul.”

“Saya rasa tak ada kebajikkan dan timbang rasa terhadap pemain. Saya tahu ia sukar untuk terima bila pemain bola sepak mengeluh ketika orang lain perlu bekerja sembilan hingga lima, tapi kami semua sentiasa berikan segalanya yang kami ada ketika kami bermain.”

“Kamu akan berasa sangat penat ketika kamu habis bermain, dan kemudian kamu tak ada masa untuk kembali segarkan diri. Ia sukar untuk diterima. Ia mengundang kecederaan pemain.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.