JonJo Shelvey Layak Beraksi Untuk Barcelona Jika Kepalanya Betul

JonJo Shelvey punyai kualiti untuk beraksi bersama Barcelona atau Real Madrid jika beliau tidak ‘rosakkan kepalanya sendiri’, kata rakan sepasukan pemain itu di Newcastle, Matt Ritchie.

Pemain tengah itu sudah beraksi bersama Newcastle United sejak Januari 2016, selepas berhijrah dari Swansea City, dan merupakan pemain utama pasukan di bahagian tengah.

Shelvey juga sering kali tampil sebagai pemain paling menyerlah dalam pasukan. Ia mungkin bukan perkara menghairankan mengambil kira kualiti yang ada dalam skuad The Magpies pada hari ini.

Namun Ritchie berkata pemain itu mampu bersaing di dalam skuad yang lebih baik, jika beliau benar-benar fokus terhadap bola sepak.

“Beliau menakjubkan, saya telah berada di Newcastle untuk empat tahun, dan saya melihat beliau berada di dalam kawasan kotak tidak melebihi 10 kali,” kata Ritchie kepada In The Box di YouTube.

“Begitulah kehebatannya. Kebolehan semula jadi beliau ialah untuk melihat peluang menghantar hantaran, untuk menerima bola, dan menggerakkan bola.

“Saya pernah bermain menentang beliau ketika masih kanak-kanak – dan beliau menjaringkan hatrik. Sangat menakjubkan.

“Beliau asyik berpindah – akhirnya di Newcastle. Saya selalu berkata: ‘jika kepada anda betul, anda boleh beraksi dengan Barcelona

“Beliau sangat bagus. Beliau miliki segala-galanya.”

Ritchie yang pernah beraksi bersama Bourmemouth juga mendedahkan rakannya itu harus mengurangkan aktiviti bermain golf jika mahu mencapai potensi sebenar di dalam bola sepak.

“Banyak kali saya beritahu, fokus hanya kepada bola sepak dan lupakan golf dan perkara lain…

“Kemudian beliau marah – beliau bermain golf tidak kurang tiga kali seminggu. Anda tidak boleh berbuat sebegitu.

“Di Newcastle , Shelvey akan melakukan hantaran jauh. Beliau adalah pemain yang kami cari untuk membuka dan mencipta ruang. Bayangkan beliau berbuat demikian dengan Barcelona atau Real Madrid.

“Anda harus memiliki segala yang ada pada tempat yang betul utuk itu, tetapi beliau terlalu sukakan golf!”

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.