Presiden Indonesia, Joko Widodo ataupun Jokowi mengingatkan para rakyat Indonesia untuk memastikan penganjuran Piala Dunia B-20 pada 2021 nanti akan menjadi yang terbaik.
Jokowi menyatakan perkara itu kepada media semalam. Di mana menurut Jokowi, Piala Dunia B-20 akan menjadi perhatian seluruh dunia.
Inilah masa yang sesuai untuk Indonesia menunjukkan kepada dunia kehebatan mereka dalam penganjuran dan keramahan rakyat mereka dalam menyambut tetamu ke Indonesia.
Presiden Joko Widodo juga menyeru kepada pihak bertanggungjawab yang sudah dilantik dan diamanahkan tanggungjawab untuk mempersiapkan Indonesia sebaik mungkin.
Beliau mahu penganjuran kali ini benar-benar matang. Paling penting beliau tidak mahu ada imej buruk dipamerkan daripada penganjuran kali ini.
Beliau mahu rakyat Indonesia terus mengekalkan budaya ramah mereka dan juga sopan santun dalam menyambut tetamu.
Indonesia akan menjadi tuan rumah Piala Dunia U-20 yang berlangsung pada Mei-Jun 2021.
Dipetik daripada CNN Indonesia, beliau berkata: “Saya minta betul-betul ini dicek ke lapangan harus betul-betul representatif untuk pertandingan kelas dunia, mulai dari lingkungan, lapangan, tempat duduk, ruang ganti, toilet, sampai ruang media,” ujar Jokowi kepada media.
“Kalau ada memang kekurangan dan perlu direnovasi, perlu disempurnakan agar segera betul-betul, disiapkan agar siap digunakan di 2021,” ucap Jokowi lagi.
Jokowi kemudian meminta masalah logistik dan juga penempatan para peserta agar dipersiapkan mengikut jadual dan menepati piawaian standard antarabangsa.
“Manfaatkan event ini untuk promosi Indonesia kepada dunia. Ingat Piala Dunia U-20 akan jadi pusat perhatian dunia, karena event ini akan diikuti 24 negara dari lima benua.”
“Ini momen penting untuk menunjukkan kepada dunia Indonesia adalah negara maju, bangsa besar, dan negara maju yang mampu melaksanakan event internasional dengan sangat baik,” seru Jokowi kepada seluruh warga NKRI.
Indonesia berjaya memenangi hak penganjuran Piala Dunia B-20. FIFA memberikan hak itu selepas meneliti bidaan Indonesia.
Awalnya ramai yang menganggap Indonesia bakal kecundang dalam bidaan mereka kerana insiden di GBK, di mana berlaku kekacauan penyokong ketika aksi Indonesia berhadapan dengan Malaysia.
Namun ianya jelas tidak sesekali mengacau hasrat Indonesia untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia B-20.
Indonesia Serius
Usaha membida hak tuan rumah itu bermula pada September 2019.
Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) telah memuat naik video promosi bagi melobi hak penganjuran Piala Dunia (Pildun) B-20 edisi 2021.
Indonesia telah menghantar dokumen bagi bidaan rasmi untuk menjadi hos Piala Dunia B-20 tersebut. Indonesia disaingi oleh negara-negara seperti Peru, Brazil dan calon tuan rumah bersama Bahrain-Arab Saudi-UAE.
Indonesia dilaporkan telah menyelesaikan isu dokumentasi bagi bidaan menjadi tuan rumah pada 28 Ogos 2019.
Kini mereka menunggu keputusan rasmi yang akan diumumkan pada akhir September ini.
Setiausaha Kemenpora, Gatot S. Dewa Broto, meminta bantuan daripada Menteri Luar Negeri, Retno Lestari Priansari Marsudi agar mereka tidak hanya bekerja sendirian.
Gatot juga berharap bantuan daripada duta-duta besar mereka di seluruh dunia dalam membantu melobi sokongan hak penganjuran.
PSSI secara resmi mengajukan Indonesia sebagai tuan rumah Piala Dunia U-20 2021. Indonesia akan bersaing dengan Peru, Brasil dan tiga negara Arab yang menjadi tuan rumah bersama; Bahrain, Arab Saudi dan Uni Emirat Arab.
Selengkapnya: https://t.co/xUxqBNeXHz#PSSINow #KitaGaruda pic.twitter.com/scaCrnpzY5
— PSSI (@PSSI) September 2, 2019
Sebelum ini Thailand dan Myanmar menarik diri untuk menghantar bidaan. Indonesia buat masa ini menjadi negara tunggal ASEAN yang masih berminat menjadi penganjur.
PSSI memuat naik video yang menarik menamatkan citra budaya Indonesia dan masyarakatnya yang berbilang kaum. Ini termasuk paparan kegilaan orang Indonesia kepada bola sepak.
Anda boleh saksikan video promosi yang menarik itu di sini:
Indonesia dikenali sebagai negara yang sangat besar pengikut sukan bola sepak. Mereka seringkali menganjurkan acara bola sepak serantau.
Indonesia akhirnya berjaya diumum sebagai penganjur rasmi Piala Dunia B-20 selepas penilaian oleh ahli jawatankuasa khas FIFA.
Jadi, mereka akan berentap di Piala Dunia B-20 atas tiket tuan rumah. Ia akan memberikan kebaikan kepada bola sepak Indonesia.