Johan Raja Lawak yang kini merupakan seorang pelawak, pelakon dan juruhebah radio telah disound oleh bininya ketika sedang Live di Facebook sambil bermain permainan FIFA.
Facebook telah memperkenal Facebook Gaming Creator hampir dua tahun lalu sebagai platform untuk para gamers membuat siaran langsung dan menjana pendapatan.
Melalui program ini, gamers akan dapat menjadi partner kepada Facebook jika berjaya memenuhi syarat-syarat yang diberikan.
Dengan platform ini gamers boleh menjadi pendapatan melalui ‘star’ yang diberikan penonton dan melalui butang ‘become a supporter.

Melalui Facebook Gaming Creator ramai gamers popular dari Malaysia telah dilahirkan seperti Soloz, Biu Biu, Fredo, Man Parang dan ramai lagi.
Sejak kebelakangan ini, beberapa orang artis juga mencuba untuk menjadi gamers seperti Yana Samsudin, Jaa Suzuran dan termasuklah Johan.
Dengan nama yang besar dalam industri hiburan tiada masalah untuk para artis ini menarik penonton. Bobby San antara artis terawal menjadi gamers.
Nasib malang menimpa Johan apabila dibebel oleh bininya ketika Live dengan ayat-ayat memedihkan dengan ketajaman suara menyakitkan telinga.
KAH KAH KAH Epik!! Johan kena bebel masa tengah live stream main FIFA 😂 pic.twitter.com/SwM6Kwdqdt
— Khairil Anuar (@KhairilAnuar) February 14, 2020
Johan : Sekejap ekk.
Bini: Kalau game you hadap macam nak mati esok.
Johan: Ni last game ni.
Bini: Tak kelakar. Tak kelakar.
Johan: Ye, ye.
Bini: I dah cakap elok-elok dari tadi tau. Jangan melampau sangat.
Johan: Kejap, kejap, tengah live ni sayang.
Bini: I peduli apa you live ke tidak. Dari tadi I tunggu you. Main game, main game sampai pukul berapa pagi. Lepas tu subuh susah, liat nak bangun. Macam setan ada kat mata.
Johan: Kejap sayang.
Saat mula dibebel dan hampir habis, Johan tenang saja dengan kejap sayang sambil melontarkan ayat keramat, last game.
Selepas diselidiki maka inilah punca kenapa bini Johan mengamuk dan marah-marah kepad Johan.
Semasa Johan sedang bermain FIFA, bini Johan pun mahu ‘main’ tapi tak dapat.
“I nak tido, bukan I nak you. Kau sibuk main FIFA, main FIFA, aku sape nak main?”
ini paling win 🤣🤣🤣 pic.twitter.com/VjlSV4mNue
— samsara. (@___kntng) February 15, 2020