Joe Rogan Kepada Fallon Fox: “Kau Tu Jantan, Pergi Lawan Lelaki”

Fallon Fox merupakan transgender yang bertarung dalam MMA dalam kategori perempuan.

Pengulas UFC, Joe Rogan menyuarakan ketidakpuasan hati beliau secara terbuka dengan kebenaran yang diberikan kepada lelaki untuk bertarung dengan wanita sejati.

Dalam satu podcast baru-baru ini, Joe Rogan telah membidas Fallon Fox dan MMA dalam sesi penuh amarah selama 8 minit.

Rogan berkata: “Dia gelar dia wanita.. saya langsung tak setuju. Dan, dia, ummm, wanita yang pernah menjadi lelaki. Dia transgender, itulah terma rasmi yang diberikan kepadanya bukan?”

“Dan sekarang dia nak bersaing dalam MMA wanita. Itu f***ing no way.”

“Dia adalah lelaki yang tak ada ‘d*ck’.” (lelaki tak ada telur)

“Saya nak katakan, dahulu saya pernah ada d*ick, dan kini sudah tiada. Namun struktur tulang saya yang lain adalah tulang yang terbina dengan bentuk yang ada d*ick.”

Menurut wartawan Loretta Hunt dari ESPN, Fallon Fox melakukan pembedahan transgender di Thailand pada 2006.

Fox menandatangani satu dokumen pertukaran gender dan membesarkan payudara, transplan rambut di Bangkok National Hospital. Fox pulang ke Amerika Syarikat enam minggu kemudian.

Ketika dalam proses transisi, Fox berkhidmat di navy dalam bahagian operasi khas kelas kedua di U.S.S Enterprise.

Fox pernah berkongsi kesukaran hidupnya yang pernah dibuang kerja kerana pertukaran gender.

Fox juga menyara seorang anak hasil daripada hubungan dengan bekas teman wanitanya. Anak itu lahir tanpa dirancang, menurut Fox.

Fallon Fox membesarkan anaknya itu dengan mencari pelbagai pekerjaan.

Namun Rogan tidak peduli dengan luahan hati Fox. Kerana bagi Rogan, Fallon Fox tidak sepatutnya bersaing dalam kategori wanita untuk MMA.

Ini kerana Fallon Fox memiliki kelebihan fizikal yang terlalu jauh jurangnya berbanding dengan wanita lain.

Fox lahir sebagai lelaki. Joe Rogan kemudian tidak mahu media terlalu memuji fizikal Fox.

“Dia bukannya sasa, tetapi dia adalah lelaki, dan wajahnya pun memang lelaki.”

Rogan tiada masalah dengan pilihan hidup Fox. Cuma tidak berpuas hati, Fox dengan sengaja mengambil kesempatan ke atas orang lain dalam sukan seperti MMA.

Ini kerana sukan MMA sukan yang fizikal. Lantas Joe Rogan mencadangkan, jika Fox mahu terlibat dalam MMA, maka dia harus bertarung dengan lelaki.

“Maksud saya, saya tak kisah, kamu nak jadi wanita, pakai lipstik, masukkan hormon wanita, kemudian besarkan payudara, itu ok, tiada masalah. Saya tidak mahu masuk campur soal hidup kamu, saya akan sokong kamu, kamu hiduplah sebagai perempuan.”

“Kalau dia nak lawan lelaki (dalam MMA), ya, itu saya setuju. Pertama sekali, dia ni ‘she’ yang tak berapa nak ‘she’ sangat.”

“Dia transgender selepas pembedahan dia tukar jantina. Pembedahan itu tiak akan menukar densiti pada tulang kamu. Itu tak berubah.”

“Tak perlu jauh nak tengok, cuba perhatikan tangan kita ni dengan perempuan, strukturnya sangat berbeza. Walaupun dia dah tukar kelamin, tulangnya tetap sama.”

“Tangan kita lebih besar lebih kuat, siku lebih besar dan sendi yang lebih kuat.”

“Fungsi mekanikal dalam menumbuk, lelaki memiliki tumbukan lebih kuat daripada wanita. Titik.”

Fallon Fox kini bersaing dalam kategori featherweight. Dia sudah melalui 3 pertarungan dan kesemuanya berakhir dengan kemenangan pada pusingan pertama, dengan KO, TKO serta submission.

Buat masa ini, atlet MMA wanita yang lain ramai yang tak senang dengan kehadiran Fallon Fox. Namun ada juga yang menyokong, misalnya Liz Carmouche, atlet UFC pertama yang membuat pengakuan dia lesbian.

Carmouche dengan terbuka menyokong Fallon Fox.

Bekas juara UFC, Miesha Tate pula menyatakan beliau tidak akan sanggup nak bertarung dengan atlet transgender atas sebab keselamatan. Miesha risau dengan impak yang tidak dijangka.

Miesha Tate merupakan legenda UFC yang kini menjadi jurulatih kepada ramai atlet UFC.

Bekas juara UFC, Ronda Rousey juga enggan bertarung dengan transgender, kerana menganggap ia berisiko.

Joe Rogan kemudian merumuskan hujahnya, beliau tidak bersetuju jika Fallon Fox mahu bertarung dengan wanita di gelanggang UFC.

Rogan tidak mahu ada pihak yang salah tafsir kenyataannya dan memanipulasinya dengan menuduh beliau seorang yang benci dengan transgender.

Rogan tidak ada masalah Fallon Fox mengamalkan apa sahaja cara hidupnya dan mendapatkan pekerjaan lain yang tidak ada kaitan dengan persaingan melibatkan fizikal.

Isu persaingan tak sihat dalam sukan melibatkan gender juga berlaku di lapangan basikal sebelum ini. Hal ini apabila ada atlet transgender yang memenangi acara trek dengan rekod dunia.

Baca artikel: Transgender Pecah Rekod Dunia Acara Wanita, Mendapat Kecaman Ramai Pihak

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.